Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) mengesahkan tidak akan berkerjasama dengan jenama sukan dari Thailand, Warrix sebagai pembekal jersi skuad kebangsaan mereka.

PSSI dalam satu kenyataan kepada VocketFC Indonesia di Stadium Mandala Krida hari ini, Mochamad Iriawan menjelaskan mereka telah memutuskan untuk menggunakan jenama sukan tempatan iaitu Mills Sport yang dilihat lebih baik sekaligus memajukan usaha anak tempatan.

“Akhirnya kami telah memutuskan untuk menggunakan jersi buatan tempatan iaitu Mills Sport. Ini adalah kerana materialnya yang lebih bagus dan keduanya untuk memajukan produk tempatan.”

KETUM PSSI itu yang lebih mesra dipanggil Iwan Bule berhara jersi buatan Mills Sport ini dapat digunakan oleh pemain-pemain skuad kebangsaan Indonesia ketika menjalani latihan pusat nanti.

“Ya apa bedanya UMKM Thailand dengan kita. Kita ya pilih produk Indonesia,” imbuhnya.

“Apa bezanya Usaha Mikro Kecil Menengah (UMKM) Thailand dengan kita?Ya, kita pilih produk Indonesia.”

Nota: UMKM adalah definisi bagi saiz sebuah perniagaan di Indonesia, seperti Industri Kecil dan Sederhana (IKS) jika di Malaysia.

34 pemain Indonesia akan dipanggil menjalani latihan pusat dibawah kendalian ketua jurulatih baru mereka dari Korea Selatan, Shin Tae-yong dari 9 hingga 17 Febuari 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Tonton Video Ribuan Penyokong Botafogo Serbu Keisuke Honda Di Lapangan Terbang Rio De Janeiro

BG Pathum United Akan Lancarkan Jersi Musim 2020, Peluang Untuk Dapatkan Jersi Mat Yo Pada Harga RM133

Semua Perlawanan Liga Super Dan Piala Malaysia LIVE, Pakej Tontonan Bermula Serendah RM3 Satu Perlawanan