Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kini sedang menimbangkan untuk menambah pemain naturalisasi yang lebih berkualiti dalam skuad kebangsaan berdasarkan penilaian daripada ketua jurulatih, Shin Tae-yong.

Baru-baru ini, mereka menyelesaikan proses naturalisasi penyerang kelahiran Belanda, Ezra Walian yang kini telah dapat kelulusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk menyarung jersi negara itu.

Selepas Ezra Walian, PSSI juga menunggu arahan daripada Shin Tae-yong untuk meneliti beberapa nama lain dari luar negara yang berpotensi dinaturalisasikan untuk menyertai skuad Garuda.

WhatsApp Image 2019-03-27 at 06.24.46
Ezra Walian akhirnya dibenarkan menyarung jersi timnas Indonesia. FOTO: PSSI

Perkembangan itu disahkan oleh Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi dalam satu kenyataan rasmi di laman web badan induk itu.

“Mengenai proses naturalisasi pemain lainnya, kami masih menunggu rekomendasi dan road map daripada jurulatih Shin Tae-yong. Ketika ini, dia dengan para pemain masih menjalani proses kuarantin selepas tiba dari Dubai, UAE,” katanya.

Antara nama yang disebut-sebut sebagai calon pilihan ialah Sandy Walsh yang kini beraksi dalam Liga Belgium bersama kelab KV Mechelen dan pemain Fiorentina, Kevin Diks yang dipinjamkan ke kelab Denmark, Aarhus GF.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Bekas Pembantu Antonio Conte Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Persija Jakarta

Park Hang-seo Anggap UAE Satu Pasukan Kuat

Peminat Bola Sepak Singapura Tidak Setuju Dengan Kemasukan JDT III Dalam Liga SPL