Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kini sedang mengatur perlawanan persahabatan diantara skuad Garuda Muda menentang kelab terkemuka dunia, Barcelona yang terdiri daripada pelatih akademi La Masia.

Penularan wabak pandemik COVID-19 telah sedikit menjejaskan persiapan Indonesia B-19 bagi menghadapi kejohanan AFC B-19 dan Piala Dunia B-20 pada tahun depan.

Disebabkan itu, pengendali pasukan, Shin Tae-yong merancang untuk berlatih di luar negara dan PSSI menjadikan negara eropah sebagai pilihan. Mereka akan mengadakan kem latihan pusat di Sepanyol bermula 26 Disember 2020 dan turut akan menentang beberapa pasukan lain di sana.

Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi mengesahkan pihaknya telah menghubungi Barcelona tetapi belum ada jawapan sama ada kelab tersebut sudah bersedia atau tidak.

“Kami sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa kelab dan negara di sana, termasuk juga Barcelona.

“Sekarang juga masih melakukan proses perbincangan dengan kelab itu,” kata Yunus.

Sebelum ini mereka berada di Croatia selama 3 bulan mereka berjaya mencatat lima kemenangan berturut-turut dalam perlawanan persahabatan termasuk menewaskan kelab liga divisyen 1 Croatia, Hajduk Split.

Skuad Indonesia turut menyertai kejohanan jemputan antarabangsa anjuran Federasi Bola Sepak Croatia (HSN) bersama 3 pasukan lain iaitu tuan rumah (Croatia), Bulgaria dan Arab Saudi pada bulan September lepas.

Kejohanan ini menjadi medan Shin Tae-yong untuk menguji sejauh mana kekuatan mental dan fizikal anak buahnya menghadapi pasukan yang lebih kuat.

Berikut ialah keputusan perlawanan persahabatan Indonesia B-19 di Croatia:

Indonesia B-19 vs Bulgaria (0-3)
Indonesia B-19 vs Croatia (1-7)
Indonesia B-19 vs Arab Saudi (3-3)
Indonesia B-19 vs Qatar (2-1)
Indonesia B-19 vs Qatar (1-1)
Indonesia B-19 vs Bosnia Herzegovina (0-1)
Indonesia B-19 vs Dinamo Zagreb (1-0)
Indonesia B-19 vs NK Dugopolje (3-0)
Indonesia B-19 vs Macedonia (4-1)
Indonesia B-19 vs Macedonia (0-0)
Indonesia B-19 vs Hajduk Split (4-0).

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Mano Polking: Kemahiran Teknikal Pemain Thailand Lebih ‘Power’, Tapi ‘Tactical Sense’ Vietnam Lebih Padu.

RASMI: Persebaya Umum Makan Konate Sah ‘Undur Diri’, Liga Tiada Perancangan Punca Utama

Theerathon Bunmathan Mahu Kekal Beraksi Di J. League