PSPS Riau menafikan kelab mereka mempunyai tunggakan gaji seperti yang dilaporkan. Mereka menganggap ia satu fitnah yang tersebar di media sosial.

PSPS Riau yang dimiliki oleh usahawan Malaysia, Norizam Tukiman ataupun Zamsaham telah menjadi perhatian media kerana isu tunggakan gaji 2 bulan pemain di kelab tersebut.

Malah laporan daripada media di Indonesia menuduh pengurusan kelab sebagai membisu tentang isu tunggakan gaji 2 bulan di PSPS Riau.

https://www.instagram.com/p/CkKAo89Sjnk/?utm_source=ig_web_copy_link

PSPS Riau akhirnya tampil dengan kenyataan balas rasmi mereka. Dalam kenyataannya, PSPS riau nafi ada tunggakan gaji para pemainnya.

PSPS Riau malah menyatakan bahawa ketika ini mereka dalam proses untuk memindahkan home base pasukan mereka. Dan ianya memerlukan dana yang sangat besar.

Dalam kenyataan rasminya menerusi Pegawai Media Sosial PSPS Riau menulis:

“Perkara: Penafian Fitnah Tersebar Di Media Sosial

Ada khabar angin yang tersebar di media sosial mengatakan PSPS Riau FC mempunyai tunggakan gaji selama 2 bulan. Di kesempatan ini, pihak pengurusan ingin menegaskan bahawa isu mengenai gaji pemain yang tertunggak selama 2 bulan adalah tidak benar.

https://twitter.com/sportstarsdotid/status/1585538389537095680

Untuk pengetahuan [umum], gaji yang belum dibayar adalah untuk bulan September 2022 dan gaji akan dibayar pada bulan berikutnya yang bermaksud gaji dibayar pada Oktober 2022.

 

Dalam kontrak pekerjaan antara pemain dan kelab, yang telah ditandatangani oleh pemain, ada tertulis/ditulis di dalamnya bahawa gaji akan dibayar pada hari ke-7 bulan berikutnya, dalam tempoh penangguhan 10 hari.

Ini bermakna kelab telah membayar dalam kadar 10 hari dan bukan 2 bulan, seperti maklumat yang tersebar di media sosial.

 

Saat ini kelab dalam proses menggunakan dana yang besar untuk memindahkan pangkalan ‘home’ / home base.

 

Selain itu, Kelab masih menunggu sekiranya ada pembelian daripada kumpulan penyokong yang menyatakan mereka telah menyertakan nama orang Riau yang sedia membeli saham PSPS Riau FC atau individu yang berminat.

 

Untuk pemain, kakitangan kejurulatihan di pasukan pasukan lainnya sedang berkembang dan ada [pemain yang] telah ditamatkan kontraknya kerana prestasi yang tidak memuaskan.”

Diharap kenyataan tersebut menjawab persoalan tentang masalah tunggakan gaji PSPS Riau yang heboh di media sosial termasuk di Indonesia dan Malaysia dalam beberapa hari kebelakangan ini.