Kerosakan yang dilakukan oleh segelintir penyokong Indonesia pada perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu nyata memberi kesan yang tersendiri terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) selalu pengelola Stadium Nasional telah meminta ganti rugi kepada FAM susulan kerosakan sebanyak 44 unit kerusi yang bernilai RM11,000.

Hal ini disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud dimana beliau turut menyatakan pihaknya kecewa kerana sikap yang ditunjukkan oleh penyokong pasukan lawan pada perlawanan tersebut.

PSM
Sumber Gambar: Jakarta Post

“Kami memberikan sambutan baik untuk mengalu-alukan kedatangan penyokong Indonesia ke Stadium Nasional. Bagaimanapun, selepas apa yang berlaku, saya amat kecewa kerana sambutan baik yang kami berikan tidak dihargai oleh mereka

“Justeru, PSM akan mengemukakan tuntutan bayaran ganti rugi berkenaan kepada pihak FAM selaku penganjur perlawanan yang membuat tempahan mengikut syarat yang terkandung di dalam terma perjanjian sewaan venue,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pada perlawanan tersebut, Malaysia berjaya memperoleh kemenangan kedua ke atas Indonesia dalam kempen kelayakan dimana dua jaringan Safawi Rasid sudah cukup untuk memberikan tiga mata berharga buat pasukan negara.

Sementara bagi Indonesia pula, mereka kekal menghuni tangga tercorot kumpulan G.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di sini:

PSM Sahkan 44 Kerusi Di Stadium Nasional Bukit Jalil Rosak Ketika Perlawanan Malaysia-Indonesia

Dua Jaringan Safawi Rasid Bantu Harimau Malaya Baham Garuda