Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Nik Razeen Adam Daud mengesahkan sebanyak 44 kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil telah dirosakkan ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Malaysia menentang Indonesia malam semalam.

Menurut laporan daripada Berita Harian, dianggarkan kerosakan itu adalah bernilai kira-kira RM11,000 dan PSM akan membuat laporan rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk tidakan susulan.

“Setakat ini, terdapat 44 kerusi yang dilaporkan pecah dan perkara itu akan disampaikan kepada FAM, secara kebiasaannya dan mengikut perjanjian sebelum ini, pihak terbabit akan menanggung kos kerugian peralatan stadium.

“Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) FAM pula menetapkan sebarang aduan diterima perlu disampaikan kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), kita akan tunggu keputusannya nanti (tindakan susulan laporan kerusi stadium rosak),” katanya.

Semalam, suasana perlawanan bertukar tegang apabila penyokong Malaysia dan Indonesia saling melakukan provokasi sehingga membaling suar ke kawasan tempat duduk masing-masing selepas jaringan pertama Safawi Rasid pada minit ke 30.

Bagaimanapun, Nik Razeen enggan menjadikan insiden tersebut sebagai isu yang besar sehingga perlu berjumpa Menteri Belia dan Sukan kerana sebarang kerosakan di stadium tersebut masih boleh diperbaiki.

“Ini bukan isu besar (rosakkan kerusi stadium), tidak perlu sampai nak jumpa menteri (YB Syed Saddiq).

“Isu ini antara PSM dan FAM, bagaimanapun pada akhirnya menteri akan mendapat laporan penuh mengenai insiden yang berlaku,” katanya.

Lihat artikel menarik mengenai perkembangan Skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah

Rembatan Padu Mohamadou Sumareh Leburkan Rekod Tanpa Kalah Thailand

Dua Jaringan Safawi Rasid Bantu Harimau Malaya Baham Garuda

Syamer Tegaskan Masih Banyak Ruang Yang Perlu Diperbaiki Pasukan Negara

Sumber