PSG sudah berbulan bulan cuba menghalang Kylian Mbappe daripada dihampiri oleh kelab kelab lain terutama sekali Real Madrid. Namun malang sekali Mbappe masih tidak memberikan komitmen untuk terus kekal di kelab tersebut.

Mbappe masih belum mempersetujui tawaran kontrak daripada PSG. Dan dipercayai beberapa tawaran sudah ditolak setakat ini.

Harus diakui bahawa Kylian Mbappe telah menjadi sebahagian penting dalam kejayaan PSG dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Penyerang antarabangsa Perancis itu berjaya mencipta total 120 gol hanya dalam 160 penampilan di semua pertandingan.

Selain itu, Mbappe juga membantu PSG mara ke final Liga Juara-Juara pada musim 2019/20 yang lalu.

Di peringkat antarabangsa, Mbappe menjadi nadi penting Perancis dalam kejuaraan Piala Dunia 2018 di Rusia.

Walaupun sudah ditawarkan kontrak mewah, Mbappe buat masa ini masih belum menurunkan tandatangan di atas kertas kontrak PSG. Kontra semasa Mbappe akan berakhir pada 2022.

PSG sudah meletakkan tanda harga €200 juta untuk Mbappe bagi menghalang pemain itu pergi. Harga yang mereka anggap sangat tinggi untuk dibayar mana mana kelab.

Tetapi situasi semasa  tidak begitu memihak PSG, kerana Mbappe semakin hampir memasuki tahun akhir dalam kontraknya.

AS kemudian melaporkan PSG sudah menurunkan tanda harga kepada €120-150 juta untuk pemain tersebut.

https://twitter.com/PurelyFootball/status/1377684550109827074

Walaupun harga itu dilihat masih sangat mahal kerana situasi wabak yang memberikan impak kepada ekonomi kelab.

Tetapi ada beberapa kelab seperti Man City memiliki kuasa wang yang sangat kuat. Begitu juga Real Madrid yang dijangka akan berbelanja besar pada musim hadapan.

Sebelum ini Real Madrid sanggup membayar €120 juta untuk Eden Hazard yang hampir sahaja menjadi ejen bebas.

Selain Mbappe, Madrid juga dikaitkan dengan David Alaba secara percuma dari Bayern dan juga Erling Haaland dari Borussia Dortmund.

Baca juga artikel lain

Beberapa Jam Selepas Jumpa Presiden Barcelona, Raiola Dan Ayah Haaland Ke Madrid Pula

Jerman Dimalukan Macedonia Utara, Low Kritik Kegagalan Werner Ini Sebagai ‘Turning Point’

Insiden Baling ‘Armband’, Fernando Santos Bela Ronaldo Kekal Kapten Portugal