Ejen kepada Cristiano Ronaldo, Jorge Mendes dilaporkan menawarkan pemain itu kepada PSG pada minggu lalu.

Namun kelab elit Perancis itu tidak melayan cadangan tersebut.

Pemain berusia 37 tahun itu mahu meninggalkan Old Trafford untuk kembaliĀ  beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Malah, Red Devils hanya menduduki tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu, yang hanya melayakkan mereka beraksi di Liga Europa.

Dan Ronaldo, yang pencapaiannya dalam pertandingan utama Eropah itu sangat luar biasa. Dia merupakan pemilik lima gelaran Ballon d’Or, mahu meneruskan legasinya di pentas tertinggi sebelum dia bersara.

Walau bagaimanapun, bintang Portugal itu mencari laluan keluar yang sukar. Juara Jerman, Bayern Munich telah pun membayangkan bahawa mereka tidak dapat menandatangani Ronaldo selepas menandatangani Sadio Mane dan Ryan Gravenberch.

Mereka juga semakin hampir untuk menandatangani Matthijs de Ligt.

Terdapat juga keraguan sama ada Chelsea mahukan Ronaldo. The Blues telah menandatangani Raheem Sterling dan mensasarkan Antony serta Serge Gnabry sebagai sasaran mereka seterusnya.

ESPN melaporkan bahawa PSG telah menjadi kelab terbaru yang menutup pintu perjanjian untuk penjaring gol.

Pertama, juara Perancis itu tidak merasakan perpindahan Ronaldo sesuai untuk kelab mereka dalam jendela perpindahan semasa.

Mereka mempunyai kebimbangan tentang bagaimana kesan bintang Man Utd itu terhadap bil gaji dan pemilihan pasukan mereka.

Kontrak baru besar Kylian Mbappe dan gandingannya bersama dengan Lionel Messi dan Neymar jelas menjadi halangan untuk menerima cadangan Mendes itu. PSG yang awalnya mahu menjual Neymar dilaporkan sudah berpendirian sebaliknya.

Menambahkan Ronaldo ke dalam campuran berpotensi menyebabkan pergeseran di kem PSG.

Pengurus baharu, Christophe Galtier tidak mahu tersilap lanhg.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes, telah membincangkan perpindahan anak guamnya ke PSG dengan ketua kelab tetapi tidak berjaya.

Ronaldo berkemungkinan kekal di Man Utd berdasarkan situasi rumit melibatkannya.