Mauricio Pochettino membuat alasan pelik apabila menyatakan bahawa dia hanya bertanggungjawab dengan pemilihan pelaksana penalti pertama sehingga kelima. Dan selebihnya adalah ditentukan oleh pemain di atas padang.

Penjaga gol Nice, Marcin Bulka melakukan 2 saves dalam aksi penentuan penalti untuk menyingkirkan PSG dengan skor penaltio 6-5.

Penalti Xavi Simons menjadi penalti penentuan pada pusingan sudden death, jika gagal, PSG akan tersingkir.

Bulka merupakam penjaga gol yang dipinjam oleh Nice dari PSG. Dan dia menyelamatkan penalti Leandro Paredes dan Xavi Simon.

Sekaligus menamatkan saingan PSG daripada kejuaraan Coupe De France (CDF) yang mereka sudah menangi sebanyak 6 kali dalam 7 musim terakhir.

Selepas tamat perlawanan, Pochettino menjelaskan bahawa, beliau hanya bertanggungjawab di atas 5 penalti pertama pasukannya.

Pemilihan pemain sudah dibuat dan mereka yakin akan dapat menyelesaikan penentuan penalti itu dalam 5 sepakan pertama – jika perlawanan diheret ke penentuan penalti.

Pochettino berkata: “Kami menentukan pelaksana penalti pertama sehingga kelima. Kami fikir kami boleh menang dengan 5 pelaksana pertama itu. Kemudian selebihnya keputusan adalah diambil berdasarkan naluri pemain. Xavi Simons bukan dalam kalangan keputusan saya.”

“Saya ada kepercayaan penuh ke atasnya sama seperti pemain lain. Jika dia berada dalam pasukan ini, maka dia ada hak yang sama dengan pemain lain untuk megambil salah satyu penalti. Dia kecewa macam orang lain, kerana kami tersingkir.”

Xavi Simons sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila meninggalkan akademi Barcelona dan menyertai PSG.

Xavi Simons dituduh berpindah ke PSG kerana wang. Dia menafikan perkara itu. Dan wakilnya berkata, Xavi Simons tidak memikirkan soal wang. Namun dia berpindah selepas Barcelona tidak dapat memberikan jaminan pemain itu akan menikmati debut profesional pada usia 18 tahun.