Kylian Mbappe akan mengumumkan masa depannya bersama Paris Saint-Germain Ahad ini, dengan Real Madrid menjadi pasukan yang paling berminat dengan khidmat Mbappe.

David Ornstein sebelum ini menyatakan bahawa Mbappe setuju menyertai Real Madrid dengan kontrak sangat lumayan.

Di mana, bonus menandatangani kontrak sahaja dikatakan bernilai €100 juta.

PSG minggu lalu dikatakan sudah kehilangan Mbappe untuk musim baharu. Namun kini situasinya berubah.

Menurut laporan L’E’quipe, Mbappe kini telah ditawarkan tawaran hebat dengan kenaikan gaji luar biasa.

Seterusnya Mbappe diberikan kuasa pemilik dalam projek baru PSG yang akan menjadikannya sebagai pemain utama.

Di mana permain antarabangsa itu boleh bersukan dalam menentukan pemain dan jurulatih yang beliau mahukan.

Menjelang perlawanan PSG menentang Metz di Parc des Princes, Mbappe dilaporkan tidak berlatih bersama rakan sepasukannya yang lain.

Dia berkemungkinan tak beraksi dalam perlawanan terakhirnya ketika Les Parisiens meraikan juara Ligue 1 di hadapan penyokong mereka sendiri.

Menariknya, Mbappe telah menjadi pemain pertama dalam sejarah pertandingan Perancis yang menamatkan musim ini sebagai penjaring terbanyak dan pembekal bantuan bantuan terbanyak.

PSG sendiri tidak akan menandatangani sesiapa sehingga mereka mengetahui keputusan Mbappe. Ini sebagai tanda kelab itu benar benar mahukan Kylian Mbappe.

Selain daripada PSG, kerajaan Perancis juga berharap Mbappe akan terus kekal di Ligue 1 pada musim hadapan.

Ini penting untuk publisiti liga tersebut. Ini akan membantu menaikkan liga Perancis menaikkan nilai tajaan.

Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, sanggup mengubah keseluruhan struktur pasukan untuk menjamin Mbappé sebuah projek yang bercita-cita tinggi dan menjadikannya pemain dengan bayaran tertinggi dalam sejarah Ligue 1.

Kepimpinan dan kepentingan penyerang itu di atas padang musim ini telah membuat PSG nampaknya sanggup menawarkan kontrak dan peranan yang tak masuk akal.

Nasser al Khelaifi juga dikatakan memainkan peranan sangat penting. Bagi Khelaifi, wang sentiasa bukan masalah.