Pengarah Sukan PSG, Leonardo, jelas tidak gembira dengan sikap Real Madrid yang menurutnya bermain kotor dalam usaha mengganggu pemain kelab lain, walaupun selepas tamat jendela perpindahan.

Real Madrid dikatakan telah berterusan cuba mengganggu fokus Kylian Mbappe, yang masih belum melanjutkan kontraknya di PSG.

Leonardo meminta Real Madrid agar menghentikan sikap seperti itu. PSG sebelum ini menuduh Real Madrid sengaja membuat bidaan besar ke atas Mbappe untuk mengganggu pemain tersebut, agar dia memikirkan bahawa Real Madrid benar benar mahukan beliau.

Lantas ianya akan menyukarkan lagi situasi antara PSG dan Mbappe. Kerana pemain itu sudah pasti akan mulai hilang fokus di atas padang dan pada masa yang sama akan terus menolak tawaran lanjutan kontrak dari PSG.

Kritikan Leonardo itu datang selepas Florentino Perez secara terbuka bercaka tentang kemungkinan akan mendapatkan Kylian Mbappe selepas ini.

Perez berkata: “Pada Januari [2022] kami akan ada berita tentang Mbappe, dan harapan kami bahawa Januari ini, semuanya sudah diselesaikan.”

Ianya dianggap biadap dan tidak profesional. Leonardo berkata kepada L’Equipe: “Ini satu lagi contoh sikap biadap oleh Real Madrid kepada PSG dan Mbappe.”

“Hakikatnya, pada minggu yang sama, pemain Real Madrid [Karim Benzema], pengurus Real Madrid [Carlo Ancelotti], dan sekarnag presiden [Florentino Perez] bercakap tentang Kylian Mbappe, seolah olah pemain itu sudah menjadi milik mereka.”

“Saya ulangi, ini kelakuan yang tidak menghormati orang lain dan kita tak boleh bertolak ansur untuk kelakukan sebegini.”

“Perkara ini sudah berlarutan dua tahun dah, jendela perpindahan sudah ditutup, mereka harus hentikannya, mereka tak boleh berterusan bersikap seperti ini.”

Perez kemudian tampil menyatakan bahawa komennya itu sudah disalah tafsir. Kerana dia menegaskan bahawa dia sangat menghormati PSG. Ini ditambah hubungan kelab Real Madrid dengan PSG yang sangat baik.

Baca juga artikel

Tebas Tuduh Laporta Kaki ‘Spin’ Dan Punca Messi Pergi PSG

Park Ji Sung Rayu Peminat United Hentikan Chant Park Makan Anjing Kerana Sensitif

Turunkan Segala Bintang Yang Ada, PSG Tetap Terkulai Di Tangan Rennes Dengan 0 ‘On Target