Masa depan Neymar di PSG masih samar. Beliau masih dikaitkan dengan kepulangan semula ke Barcelona.

PSG walaubagaimanapun masih menyatakan kesungguhan mereka untuk melihat pemain itu terus kekal bersama dengan mereka.

Dan terbaru, kelab Perancis itu dilaporkan sedia menawarkan €38 juta / RM181 juta setahun kepada penggempur Brazil tersebut.

Ini menunjukkan betapa seriusnya PSG mahukan pemain berusia 28 tahun itu terus kekal bersama dengan mereka.

Tawaran baharu ini diharap akan diterima oleh Neymar dengan durasi kontrak sehingga 2025.

Tawaran ini dijangka sukar untuk ditolak oleh Neymar. Dan ia juga bakal menjadi ujian utama untuk Neymar. Sama ada beliau benar-benar masih mahu bekorban demi untuk kembali ke Barcelona?

Neymar sebelum ini menyatakan beliau menyesal meninggalkan Barcelona yang dianggapnya seperti rumah dia sendiri.

Barcelona masih berminat dengan Neymar. Namun laporan terbaru dari Sepanyol menyatakan, Barcelona dikatakan bakal melupakan hasrat untuk mendapatkan Neymar jika mereka gagal menjual beberapa pemain.

Ini kerana impak koronavirus kepada kelab yang memberikan kesan yang besar dari segi struktur kewangan kelab. Namun ini bukan bermakna Barcelona tidak mahukan pemain itu.

Beliau masih lagi dalam radar mereka sekiranya PSG merendahkan lagi tanda harga dan juga jika Barcelona berjaya menjual pemain seperti Coutinho mahupun Ousmane Dembele pada harga yang tinggi.

Neymar terus cemerlang di PSG walaupun kelab tersebut beralih kepada Thomas Tuchel pada jawatan pengurus.

Walaupun seringkali dibanding-bandingkan dengan Kylian Mbappe, namun Neymar tetap menjadi bintang utama PSG terutama sekali di mata media.

Neymar berjaya mendapatkan prestasi cemerlang beliau di PSG musim ini selepas permulaan yang agak penuh kontroversi.

Legenda Brazil, Zico percaya Neymar memiliki segalanya untuk menjadi pemain terbaik dunia, namun seringkali dihantui oleh diri sendiri.

Di mana Neymar kerapkali terlibat dengan insiden kontroversi. Lantas, Zico mencadangkan Neymar untuk lebih fokus kepada bola sepak berbanding dengan perkara lain.

Liga Juara Juara Eropah masih lagi sasaran utama Neymar dan PSG pada ketika ini. Mereka sudah beberapa musim kandas dengan dramatik di peringkat kalah mati.

Baca juga perkembangan bola sepak yang lain:

Coman Didenda RM237,000 Kerana Ke Pusat Latihan Pandu McLaren

Sarri Rindukan EPL: “Penyokong Sentiasa Penuh Dan Tak Rasis”

Borussia Dortmund Sedia Lepaskan Sancho Ke Man Utd Dengan Syarat Khas