Barcelona mungkin gembira kerana kemelut melibatkan Jules Kounde berjaya diselesaikan selepas pemain pertahanan kelahiran Paris itu sudah boleh didaftarkan untuk beraksi dalam kempen La Liga 2022/23.

Perkembangan terkini itu menyaksikan Kounde telah diturunkan sebagai kesebelasan utama pada pertemuan menentang Real Valladolid dimana The Blaugrana mencatatkan kemenangan selesa 4-0 di Nou Camp, awal pagi tadi.

Disebalik kejayaan Barcelona mendaftarkan Kounde, terdapat individu yang pastinya hampa dalam usaha untuk membuktikan kemampuannya kepada pengendali pasukan, Xavi.

Barcelona Berjaya Mendaftarkan Kesemua Pemain Kecuali Kounde

Individu yang dimaksudkan ialah pemain berusia 19 tahun yang direkrut dari Racing Santander pada Jun lalu iaitu Pablo Torre Carral.

Pablo Torre beraksi dengan cemerlang pada musim lalu sehingga menjadi antara nadi kepada kekuatan Racing Santander muncul juara liga divisyen 3 sekali gus dinaikkan pangkat ke Liga Segunda.

Beraksi pada 31 perlawanan, Torre yang berperanan selaku pemain tengah menyerang berjaya menjaringkan 10 gol dan mencipta sembilan bantuan jaringan bersama kelab tersebut.

Menurut sumber Football Espana, perancangan awal melibatkan Torre adalah dengan meletakkannya di skuad utama dan dalam masa yang sama boleh beraksi bersama Barcelona Atletic di divisyen 3.

Sebelum ini, Racing Santander berminat untuk meminjam kembali Torre tetapi Xavi beranggapan pemainĀ  tersebut boleh mempelajari sesuatu dan boleh mendapat peluang beraksi bersama skuad utama Barcelona.

Malah, Xavi turut mengatakan bahawa Pablo Torre akan menjadi pemain yang penting buat Barcelona pada masa hadapan.

Kredit Foto: Barca Atletic

Namun, ia kelihatan seperti tidak berjalan dengan baik apabila slot buat Pablo Torre untuk beraksi dalam saingan La Liga kini sudah menjadi milik Jules Kounde.

Ini juga memberi makna jelas bahawa Torre hanya akan beraksi bersama Barcelona Atletic yang dibimbing bekas pemain, Rafael Marquez untuk sekurangnya-kurangnya sehingga Januari ini.

Kredit Featured Image: Barcelona