Khabar baik datang dari bumi Belgium apabila proses pemulihan penyerang muda negara, Luqman Hakim yang mengalami kecederaan sebelum ini berjalan dengan lancar.

Menurut salah seorang sumber terdekat Luqman yang memberitahu Vocket FC, pemain berusia 19 tahun itu sudah pulih dari kecederaan dan kini beliau bekerja keras untuk kembali disenaraikan dalam skuad utama KV Kortrijk.

Luqman Hakim
Sumber Gambar: KV Kortrijk

“Segalanya berjalan dengan lancar. Namun bukan mudah untuk beliau untuk terus kembali ke skuad senior kerana rata-rata pemain utama berada dalam keadaan terbaik. Jadi kita perlu sabar,” kata sumber tersebut.

Luqman mengalami kecederaan hamstring pada kaki kanannya ketika sesi latihan sehari selepas aksi menentang RSC Anderlecht pada Oktober lalu, yang mana turut menyaksikan beliau membuat penampilan pertama bersama skuad senior Kortrijk.

Selain telah membuat penampilan bersama skuad senior, Luqman turut beraksi bersama skuad B-23 tahun kelab tersebut dan beliau juga menjaringkan beberapa gol, salah satunya gol kemenangan ketika Kortrijk B-23 menewaskan K Beerschot VA.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Luqman Hakim di sini:

Luqman Hakim Pulih Dari Kecederaan, Kembali Sertai Sesi Latihan

Luqman Hakim Semakin Sado Sejak Bersama KV Kortrijk, Siapkan Badan Untuk Cabar Bola Sepak Eropah!

Safawi Rasid Gembira Luqman Hakim Jalani “Debut” Bersama Skuad Utama KV Kortrijk