Kelab gergasi Jepun, Urawa Reds Diamond semalam secara rasmi melancarkan satu tabung ‘crowdfunding’ bagi membantu kelab ketika mengalami sukaran akibat wabak COVID-19 sejak beberapa bulan yang lalu.

Melalui platform ReadyFor, Urawa Reds membuka projek yang dikenali sebagai ‘ONE HEART TOGETHER!’ dengan sasaran mengumpulkan dana sebanyak JPY100 juta atau sekitar RM4 juta dalam tempoh 72 hari.

Pada pemerhatian kami selepas mengunjungi laman web tersebut, ketika artikel ini ditulis Urawa Reds sudah berjaya mengumpulkan kira-kira JPY35,840,680 atau RM1,431,337 dalam tempoh 24 jam sahaja dan ini juga ada 35% dari sasaran yang ditetapkan.

Urawa Reds

Kenapa Urawa Reds Boleh Kutip ‘Derma’ Banyak Dalam Masa Singkat?

Sebenarnya projek ini bukanlah seperti derma untuk pasukan bola sepak yang biasa kita ketahui seperti di Malaysia.

Projek ‘ONE HEART TOGETHER!’ ini tidak memberikan faedah kepada 1 pihak sahaja tetapi melibatkan keseluruhan komuniti kelab dari peringkat penyokong sehingga pekerja, pemain serta pengurusan. Semua orang mendapat ‘hasil’ dari projek ini dan bukannya ‘derma bodoh’ sahaja.

Pihak pengurusan kelab melalui bahagian pemasaran telah tampil dengan idea kreatif mengeluarkan ‘produk’ dari aset pasukan untuk berikan sebagai return sumbangan yang diterima dari penyokong.

Sebanyak 23 pakej produk dikeluarkan untuk dipilih oleh penyokong dari semurah JPY3,000 atau RM120 sehingga JPY1,000,000 atau RM40,000. Apa yang menarik setiap pakej ini telah ditetapkan slot bagi memudahkan semua pihak untuk deliver produk dengan kualiti yang tinggi.

Urawa

3 produk diatas adalah yang paling laris dari keseluruhan 23 produk untuk dipilih.

  • ONE HEART MATCH: Nama para penyokong akan dipaparkan di Saitama Stadium ketika perlawanan pada 4 Julai 2020 serta menerima mesej khas istimewa dari pemain-pemain. Sehingga kini 616 orrang telah menyalurkan sumbangan untuk pakej ini yang bernilai JPY3,000 / RM120 – jadi, Urawa Reds berjaya mengumpulkan sebanyak RM73,920!
  • Jersi Misteri: Bagi pakej ini pula penyokong akan menerima jersi fullset siap dengan autograf pemain selain mesej serta video khas. Pakej ini bernilai JPY55,020 / RM2,200 dan telah dibeli seramai 335 orang penyokong. Urawa Reds telah menerima RM737,000!
  • Seterusnya adalah barangan berupa bantal dengan rekabentuk seperti jersi kelab yang boleh diletakkan nama serta nombor pemain. Pakej ini bernilai JPY15,000 / RM600 dan telah dijual sebanyak 127 unit. Ini membolehkan Urawa Reds mengumpulkan RM76,200!

0d53fefd58e59e2f2b6a3e9fe510c2d82e168bb7

Ini hanya 3 produk sahaja dan mereka ada lagi 20 jenis produk yang telah ‘dipakejkan’ untuk pilihan para penyokong bagi membantu kelab yang sedang mengalami masalah kewangan.

Dari sambutan yang diterima, Urawa Reds dilihat tiada masalah untuk mengumpulkan JPY100 juta / RM4 juta yang disasarkan dengan komuniti padu yang mereka miliki.

Idea seperti ini mungkin tidak sesuai dengan Malaysia atas beberapa faktor yang difikirkan munasabah tetapi apa yang perlu kita ambil cakna adalah bagaimana idea mereka untuk mencari pendapatan kelab ketika berdepan situasi begini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Stadium Ras Abu Aboud Ini Dibina Menggunakan Konsep Kontena, Mirip Gaya ‘Food Court’ Hipster Di Malaysia

Ini Strategi Bagaimana Jersi Buriram United Laku Keras, Sasar Jualan 30,000 Helai Jersi Bernilai RM2.85 Juta!

Lihat Visual Padu Rekaan Lelaki Ini Untuk ‘Redevelopment of SSINS’ Kuala Terengganu Yang Dipandang Sepi Oleh Pihak Atasan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group