Dalam satu temubual terbaru KoolFM bersama Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), ada beberapa topik yang berkait rapat dengan isu-isu yang berbangkit dijawab dari sudut pandangan pihak pengurusan.

Namun, kami tidak mahu memberikan fokus kepada perkara itu kerana mahu menumpukan artikel ini terhadap satu program penajaan kecil-kecilan yang dibuka untuk mana-mana pihak diluar sana untuk lebih rapat dengan pasukan Selangor FA.

Mengikut Dr. Johan Kamal, program ‘Local Giant’ yang mula diperkenalkan pada bulan Januari 2020 yang lalu telah berjaya menarik minat 40 penaja SME dan nilai tajaan yang diterima oleh Selangor FA adalah sekitar RM700,000 hanya dari program ini sahaja!

Idea ini sebenarnya timbul selepas pihak Selangor FA menerima lawatan dari kelab Fagiano Okayama dan mereka telah menerangkan bagaimana kelab menarik begitu ramai penaja-penaja kecil dari kawasan setempat.

Program-Local-Giants

“Program tu dinamakan Program Local Giant, dan satu program yang Tuanku sangat-sangat passionate dan juga memang nak push.”

“Actually Tuanku mendapat idea tu apabila kita mendapat lawatan daripada Fagiano Okayama. Mereka menceritakan dengan kami bagaimana mereka menjalankan program sponsorship mereka, dan disana mereka mempunyai 700 local sponsors!

“Rupanya di liga Jepun memang itu adalah satu kebiasaan, dimana kelab-kelab memang akan tie-up dengan local businesses dalam kawasan tersebut. So, that’s how they do the sponsorship and we wanted to see if we can model that program penajaan di Selangor.”

“Sebenarnya banyak lagi syarikat-syarikat SME, syarikat-syarikat kecil yang ingin terlibat dengan pasukan bola sepak, takkan mereka nak keluarkan RM1-2 juta, satu amaun yang sangat besar.”

SFA

“Jadi kita mulakan dengan amaun yang kecil RM10,000 – RM20,000 dan melalui tajaan ini kita mengharapkan mereka lebih mendekatkan diri dengan pasukan Selangor, ingin bersama pasukan Selangor dengan tempoh jangka masa panjang.”

Berkaitan dengan faedah penajaan yang akan diperolehi oleh para penaja pasukan Selangor pula, Dr. Johan Kamal menjelaskan bahawa syarikat akan diberikan pelepasan cukai, mereka juga akan dapat pas, branding serta Tuanku juga bersetuju untuk menubuhkan satu Local Giant Monument.

Local Giant Monument akan diletakkan logo-logo penaja dengan cantik dan satu kebanggaan kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini.

Untuk mendengar temubual penuh bersama Dr. Johan Kamal, sila layari pautan ini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Kisah UltraSel Menaja Pasukan Selangor FA Tarik Perhatian Media Sukan Terbesar Di Thailand

Pemegang Hak Penyiaran Tegas Dengan Pendirian, Wang Hak Penyiaran Thai League ‘Dipotong’ Sehingga 66%?

Bekas Pemain JDT, Juan Martin Lucero Kini Sedang ‘Diintai’ Oleh Sebuah Kelab Dari Liga Malaysia

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group