Perlawanan bertemu Jepun U16 esok merupakan satu perlawanan penting bagi skuad Lim Teong Kim untuk meneruskan perjuangan mencapai misi ke kejohanan Piala Dunai U17 di Peru, September 2019.

Skuad Jepun U16 yang melakukan 7 pertukaran ketika seri bertemu Tajikistan tidak boleh dipandang remeh kerana kesebelasan utama Jepun U16 ketika menewaskan Malaysia 4-0 dipusingan kelayakan adalah pemain yang sama tersenarai untuk kejohanan kali ini.

Walaupun sehari sahaja lagi menjelang perlawanan hidup-mati skuad Malaysia U16, berikut adalah profil ringkas pemain-pemain Jepun U16 untuk rujukan bersama.

Penjaga Gol:

1.Yamada Taiki: 16 tahun, (190cm / 82kg), Kashima Antlers Youth

news_241703_1

Dalam pusingan kelayakan tahun lalu, Yamada Taiki beraksi dalam 2 perlawanan dan tidak melepaskan sebarang gol.

Pemain yang mempunyai ketinggian 190cm ini mempunyai kelebihan yang digelar sebagai ‘Dynamic Saving’ oleh media Jepun serta tangkas bertindak balas terutama kepada hantaran bola lintang.

Musim ini, Yamada beraksi dalam Prince Takamado Premier East dan merupakan penjaga gol utama Kashima Antlers – muncul dalam 12 perlawanan.

Beliau juga telah didaftarkan bersama skuad senior Kashima Antlers dengan pelepasan khas bermakna beliau boleh diturunkan dalam saingan J1 League pada bila-bila masa.

12.Sasaki Masato: 16 tahun, (183cm / 74kg), Kashiwa Reysol U18

DSC_1420-2

Merupakan seorang penjaga gol muda berpotensi tinggi yang mendapat tunjur ajar dari salah seorang penjaga gol skuad senior Jepun -Kosuke Nakamura di Kashiwa Reysol.

Mula menyertai akademi Kashiwa Reysol sejak dari skuad U12, Sasaki Masato menerima bimbingan yang konsisten dari barisan kejurulatihan yang terbukti mempertajamkan kemahiran beliau diatas padang.

Memiliki kelebihan ‘decision-making’ yang baik, serta sepakan yang tepat justeru membantu pasukan untuk melakukan ‘build-up’ dari bawah dengan berkesan.

Ketika ini bersaing hebat dengan seorang lagi penjaga gol muda Kashiwa Reysol, Okubo Leo Brian untuk merebut posisi penjaga gawang utama skuad Kashiwa Reysol U18.

23.Nozawa Taishi Brandon: 16 tahun, (191cm / 81kg), FC Tokyo U18

DZdBZ07VMAEW-dT-1024×768

Memulakan karier bola sepak bersama Nagata Dragon FC dan selepas itu bersama FC Ryukyu U15 ketika dalam kategori menengah rendah. Memasuki kategori menengah atas, beliau membuat keputusan untuk menyertai FC Tokyo U18.

Terlepas peluang untuk tersenarai dalam skuad pada edisi kelayakan tahun lalu, Brandon bekerja keras dan berjaya berada dalam skuad di kejohanan utama tahun ini.

Melakukan debut dalam Prince Takamado East League pada perlawanan ke 10, dan sejak itu Brandon 3 kali tersenarai sebagai penjaga gol utama FC Tokyo U18.

Dengan kelebihan fizikal 191cm yang dimiliki, beliau tidak mempunyai masalah untuk menangani ancaman bola tinggi disamping mampu membaca gerakan dalam keadaan 1v1.

Pertahanan:

2. Suzuki Kaito: 16 tahun, (182cm / 68kg), Jubilo Iwata U18

news_252127_14

Dikatakan seorang pemain pertahanan yang memiliki sepakan jauh yang berkualiti tinggi menggunakan kaki kanan serta mempunyai kelebihan membuat larian dengan kelajuan tinggi.

Posisi asal Suzuki Kaito adalah di pertahanan tengah namun selepas berjaya lolos ke skuad Jubilo Iwata U18 musim 2018, dengan ketinggian 182cm, Suzuki lebih banyak beraksi dibahagian pertahanan kanan.

Musim ini mengasah bakat dalam Prince Takamado Premier East League.

Bersama skuad U16 Jepun, Suzuki Kaito merupakan seorang pemain yang menjadi pilihan samada di posisi pertahanan tengah atau pertahanan sisi. Beliau menjadikan Sergio Ramos sebagai idola karier bola sepaknya.

3. Handa Riku: 16 tahun, (176cm / 65kg), Montedio Yamagata Youth

DHMDHz9U0AACdm8

Salah seorang pemain yang berada dalam senarai awal skuad Piala Dunia FIFA U17 Jepun yang berlangsung di India.

Mampu beraksi dengan cemerlang di posisi pertahanan kiri/kanan, pertahanan tengah serta mempunyai kualiti sebagai DMF kepada pasukan bergantung kepada keperluan.

Handa Riku juga mempunyai ketahanan stamina yang tinggi disamping mampu mengawal pemain-pemain yang memiliki kelajuan.

Pada Jun 2018, dalam kejohanan International Dream Cup 2018 Japan yang dianjurkan oleh Asahi Shimbun, beliau muncul sebagai MVP kejohanan tersebut atas aksi cemerlang bersama pasukan.

4. Sumi Kohsiro: 16 tahun, (165cm / 60kg), FC Tokyo U18

Screen Shot 2018-09-24 at 11.53.17 PM

Seorang pemain tengah yang memiliki ketajaman ‘dribble’ namun ketika bersama skuad Jepun U16, Sumi Koshiro lebih digunakan sebagai pemain pertahanan sisi.

Pembacaan aliran permainan yang cukup tinggi selain diangkat sebagai seorang super-sub yang mampu menukar tempo permainan serta menjaringkan gol.

Ketika dalam kategori menengah rendah, beliau beraksi untuk Yokogawa Musashino Junior Youth, disamping pernah menjadi paksi utama skuad Jepun U12 yang muncul sebagai juara kejohanan Danone Nations Cup 2014.

Memasuki kategori menengah atas, Sumi Koshiro diterima masuk ke skuad FC Tokyo U18 yang kini beraksi dalam saingan Price Takamado Premier East.

5. Ishida Yusuke: 16 tahun, (174cm / 70kg), Funabashi High School

Screen Shot 2018-09-25 at 9.49.47 AM

Dipanggil buat kali pertama menyertai kem latihan skuad kebangsaan Jepun U16 pada Julai lalu, terus ‘lekat’ sebagai salah seorang pemain berpengaruh dibawah kendalian Moriyama.

Produk remaja Tokushima Vortis FC Junior Youth sejak dari skuad U14, tahun ini menyertai sebuah pasukan tersohor dalam kejohanan bola sepak sekolah tinggi seluruh Jepun -Funabashi Shiritsu High School.

Memiliki perwatakan sebagai pemain pertahanan tradisional yang cukup serius menangani masalah yang hadir, telah melakukan penampilan pertama dalam kejohanan Prince Takamado Premier East ketika menentang Shimizu S Pulse.

16. Sako Maaya: 16 tahun, (193cm / 88kg), Tokyo Verdy Youth

ff7053ae

Mempunyai kelebihan fizikal dengan ketinggian 193cm, Sako Maaya merupakan pemain yang sentiasa menjadi tonggak pertahanan skuad Jepun U16.

Secara asasnya, beliau banyak bermain dipertahanan tengah kiri, Sako Maaya juga menjadi pilihan ketika Jepun U16 bermain secara power play untuk naik keatas membantu bahagian serangan.

Bukan sekadar kelebihan ketinggian, hantaran menggunakan kaki kirinya juga banyak menghasilkan gerakan kepada pasukan terutamanya ketepatan diagonal pass dari bahagian bawah.

17. Yamada Nao: 16 tahun, (180cm / 67kg), Urawa Reds Diamond Youth

east_team03_img

Baru sahaja diterima masuk dalam skuad Urawa Reds Diamond Youth tahun 2018, dimana sebelum ini Yamada Nao hanya beraksi untuk sebuah akademi bola sepak remaja tersohor – Diplomats FC.

Seterusnya pada Julai 2018 beliau terpilih sebagai pemain tambahan yang dipanggil menyertai skuad ’02 Japan’ – gelaran skuad U16.

Tanpa berlengah Yamada Nao mempamerkan aksi memukau barisan kejurulatihan seterusnya terpilih untuk ke kem latihan Jepun di Jordan pada Ogos 2018 – ini merupakan kali pertama beliau ke luar negara untuk aksi bola sepak.

Dengan menggunakan ketinggian fizikal, Yamada bukan sahaja berkualiti dalam saingan aerial, tetapi juga memiliki kepantasan untuk meneutralkan serangan pihak lawan.

Selain itu, beliau juga memiliki kawalan bola yang baik serta keupayaan untuk ‘connect’ bola yang cemerlang, barisan kejurulatihan Jepun mempunyai pilihan untuk meletakkan Yamada di pertahanan tengah, pertahanan sisi atau sebagai DMF.

21. Nakano Shinya: 15 tahun, (167cm / 49kg), Sagan Tosu U15

DSC_0210-2 (1)

Pemain tunggal yang berusia 15 tahun dalam skuad Jepun AFC U16, menyertai akademi Sagan Tosu sejak berusia 12 tahun.

Dalam kejohanan kelayakan tahun 2017, ketika itu Nakano baru berusia 14 tahun telah diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam 2 dari 3 perlawanan.

Musim lalu juga Nakano Shinya berjaya meraih 2 kejuaraan bersama Sagan Tosu U15 iaitu sebagai Juara All Japan Club Youth Championship dan 29th All Japan Prince Takamado Youth U15 Championship.

Merupakan pemain winger yang cukup agresif membantu barisan serangan diperingkat kelab namun banyak digunakan sebagai pertahanan sisi dalam skuad U16 Jepun.

22. Tajima Mitsuki: 16 tahun, (169cm / 55kg), Shimizu S Pulse Youth

Screen Shot 2018-09-24 at 6.10.49 PM

Selepas mengharungi pusingan kelayakan sejak dari awal, Tajima Mitsuki mengalami kecederaan yang menyebabkan beliau lama tersisih dari skuad.

Namun, hasil usaha keras beliau akhirnya berjaya melakukan ‘comeback’ dan terpilih untuk berada dalam skuad yang akan bertemu Malaysia esok.

Walaupun bertubuh kecil, beliau memiliki kelebihan untuk membaca gerakan lawan serta mampu untuk merampas bola dari pihak lawan dengan cepat. Selain itu, Tajima Mitsuki juga berkeupayaan untuk melakukan ‘overlapping’ serta hantaran lintang yang berkualiti disamping bijak untuk bermain secara ‘ball possession’ untuk menenggelamkan pihak lawan.

Skuad Shimizu S Pulse Junior Youth tahun lalu adalahjuara kejohanan JLeague Premier Cup 2017 dan Tajima Mitsuki juga muncul antara penjaring gol untuk pasukan.

Bapa beliau Hiroaki Tajima adalah bekas pemain professional untuk Shimizu S Pulse dan Yokohama FC.

Pemain Tengah:

6. Yokokawa Asahi: 16 tahun, (177cm / 75kg), Shonan Bellmare U18

news_206350_7

Merupakan salah seorang pemain asal skuad ’02 Japan’ dan pemain penting dalam kejohanan kelayakan tahun lalu.

Mula menyertai skuad Shonan Bellmare U15 pada usia 13 tahun, dan mulai 2018 telah diangkat ke skuad U18.

Berdasarkan gaya permainan, Yokokawa Asahi memiliki ketahanan stamina dan ‘endurance’ yang kuat dan ini menyebabkan beliau selesa beraksi sebagai pemain box-to-box.

Beliau kebiasaannya akan menjadi titik utama serangan bermula dengan hantaran-hantaran tepat kepada rakan sepasukan.

7. Yamauchi Kakeru: 16 tahun, (177cm / 75kg), Vissel Kobe U18

Screen Shot 2018-09-25 at 8.08.33 AM

Memiliki kemahiran kawalan bola yang cemerlang, visi yang luas serta mampu melepaskan hantaran pendek ataupun jauh disamping keupayaan menentukan tempo permainan.

Dalam pusingan kelayakan lalu, Yamauchi Kakeru berjaya menunjukkan bahawa dia merupakan salah seorang nadi kepada pasukan Jepun.

Keupayaan beliau untuk membentuk satu gerakan memang tidak dinafikan namun Moriyama memberitahu bahawa dia perlu bekerja keras dalam aspek pertahanan dan kesan dari arahan itu, tahun 2018 telah berjaya menambahkan lagi ‘attribute’ Yamauchi Kakeru terutamanya pertahanan.

Beraksi dalam saingan Prince Takamado West League dengan Vissel Kobe U18 musim ini dengan misi untuk muncul juara.

Menyertai akademi Vissel Kobe U15 selepas bersama Forest FC di Kyoto.

8. Naruoka Hikaru: 16 tahun, (168cm / 56kg), Shimizu S Pulse Youth

IMG-244

Merupakan paksi utama skuad Shimizu S Pulse dalam saingan Prince Takamado East League serta anggota asal skuad ’02 Japan’.

Bermula sebagai seorang pemain futsal bersama Sena FC sebelum menyertai Shimizu S Pulse.

Merupakan seorang pemain yang mempunyai ketahanan mental yang tinggi dan tenang ketika berada dibawah tekanan.

Selain itu, Naruoka Hikaru juga dinilai sebagai seorang pemain yang mempunyai IQ bola sepak yang tinggi, mampu membuat keputusan tepat berdasarkan situasi didalam padang, serta fleksibiliti untuk memainkan peranan berbeza berdasarkan taktikal pasukan.

9. Nakano Keita: 16 tahun, (166cm / 64kg), Kyoto Sanga FC U18

news_226910_11

Diangkat sebagai seorang ‘Takumi’ kerana kemahiran teknikal yang tinggi serta kepantasan yang dimiliki untuk menyelinap melalui pertahanan lawan dan kebolehan melakukan rembatan padu kaki kiri ke pintu gol lawan.

Memiliki perwatakan yang tenang dalam situasi tekanan tinggi, Nakano Keita juga mampu bertindak sebagai pemain yang berkeupayaan mengambil sepakan bebas yang berkualiti.

Sentiasa selesa berada dibahagian tengah sebelah kanan sambil menggunakan kemahiran kaki kiri untuk mematikan gerakan pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan padu kearah gol.

Kelemahan pemain ini adalah ‘endurance level’ yang tidak setanding rakan sepasukan yang lain, dan ini antara cabaran bagi Moriyama untuk melengkapkan attribute Nakano untuk aksi lebih tinggi.

11. Kondo Kuraba: 16 tahun,  (168cm/59kg), Cerezo Osaka U18

DEDL6M_UQAAjdxH

Pemain yang berasal dari skuad kelab Tamiya Victory di Tokushima ini pernah gagal dalam sesi pemilihan untuk menyertai skuad Cerezo Osaka U12.

Meneruskan aksi terbaik bersama kelab asal, akhirnya beliau diterima masuk ke Cerezo Osaka U15 dan kini diangkat ke dalam skuad Cerezo Osaka U18 yang beraksi dalam saingan Prince Takamado West League.

Memiliki kelebihan terutamanya dari segi kawalan bola dan juga banyak idea dihadapan gol serta ‘shoot sense’ yang cukup baik.

Dalam skuad Cerezo Osaka U18, penekanan utama diberikan kepada beliau untuk melakukan pecutan dengan lebih laju disamping meningkatkan lagi tahap ‘endurance’ untuk aksi dalam padang yang lebih bertenaga.

Posisi utama beliau adalah sebagai AMF tetapi mempunyai fleksibiliti untuk diletakkan dibahagian bawah bergantung kepada keperluan taktikal jurulatih.

13. Mito Shunsuke: 16 tahun, (158cm / 50kg), JFA Academy Fukushima U18

Screen Shot 2018-09-25 at 8.05.10 AM

Menyertai akademi JFA Fukushima selepas menganjak ke umur 13 tahun demi untuk mempertajamkan lagi kemahiran.

Mito Shunsuke mempunyai kemahiran teknikal yang baik serta kemampuan untuk membuat keputusan yang tepat berdasarkan situasi, banyak mendominasi bahagian tengah disamping berada diposisi yang tepat untuk membuka laluan hantaran bola.

Mempunyai fizikal yang kecil ditengah padang tetapi berkeupayaan untuk ‘battle’ dengan pemain lebih besar daripadanya.

Pembacaan permainan yang baik mampu berada dibahagian depan membantu barisan serangan menjadi Mito Shunsuke sebagai seorang ‘utility player’ dalam skuad Jepun U16.

14. Ueda Keita: 16 tahun, (172cm / 61kg), Yokohama F Marinos Junior Youth

IMG-35

Ueda Keita adalah seorang pemain bintang yang diasuh oleh barisan jurulatih remaja Yokohama F Marinos.

Walaupun menerima pujian terutamanya dengan kemampuan membuat hantaran berkualiti tinggi, Moriyama lebih menumpukan kepada aspek pertahanan sebagai perkara utama untuk Ueda.

Sebelum ini, Ueda lebih banyak diletakkan sebagai pemain pertahanan sisi, namun kali ini beliau berada dalam senarai untuk membantu barisan MF tengahdan beliau tidak mempunyai masalah untuk bertukar-tukar posisi.

15. Nakano Ryuma: 16 tahun, (166cm / 59kg), Kyoto Sanga FC U18

Screen Shot 2018-09-25 at 7.57.28 AM

Ketika dipanggil menyertai skuad Jepun U16 pada bulan Februari lalu, Nakano Ryuma masih beraksi dengan skuad Sekolah Kenmei Gakuin.

Memiliki kepantasan dribble serta larian tanpa sedar dari belakang menembusi pertahanan lawan disamping rembatan padu – antara attribute utama pemain ini.

Memasuki fasa sekolah tinggi, pada masa yang sama dilamar oleh skuad Kyoto Sanga FC U18 yang sudah memerhatikan permainan beliau. Kini beraksi diperingkat tertinggi bola sepak remaha Jepun – Prince Takamado West League, diangkat sebagai seorang super-sub yang cukup berkesan.

Kemampuan melakukan pecutan dan ‘agility’ yang tinggi membolehkan beliau serasi dengan peranan dihadapan, tetapi kewujudan beliau disebelah tepi  lebih ditagih.

Kebiasaannya, beliau akan dimasukkan ke dalam padang selepasa menerima arahan dari jurulatih untuk menukar tempo atau gaya permainan pasukan.

Penyerang:

10. Nishikawa Jun: 16 tahun, (181cm / 64kg), Toko Gakuen High School

Df0OEMuX0AEnUXF

Bekas penyerang skuad Yokohama F Marinos Junior Youth dan pernah mambantu skuad itu meraih trofi kejuaraan All Japan Club Youth Championship ketika berusia 14 tahun, merupakan satu titik dimana Nishikawa Jun mula menerima perhatian sebagai penyerang muda Jepun yang berpotensi tinggi.

Memilih untuk menyertai skuad Sekolah Tinggi Toko Gakuen untuk bersama abangnya. Pada tahun pertama dalam skuad Toko Gakuen, Nishikawa Jun dilihat berhempas pulas untuk mempamerkan aksi beliau, namun tahun ini dalam kejohanan sukan sekolah tinggi seluruh Jepun, 5 gol berjaya dihasilkan.

Kelebihan pemain ini adalah memiliki keupayaan ‘dribble’ yang bagus dan melakukan rembatan menggunakan kaki kirinya. Dilatih khas untuk memperbaiki rembatan kaki kanan, dan dari gol yang pernah dihasilkan sebelum ini kualiti kaki kanan pemain ini juga semakin baik.

Walaupun mempunyai kelebihan fizikal yang agak tinggi, Nishikawa Jun tidak begitu mahir untuk menggunakan kepala sebagai senjata utama untuk menghasilkan gol.

18. Araki Ryotaro: 16 tahun, (170cm / 60kg), Higashi Fukuoka High School

araki ryutaro

Membuat penampilan 5 kali dalam kejohanan Kyushu Region U16 menjaringkan 7 gol.

Menerima anugerah ‘Man of the Match’ sebanyak 4 kali dalam kejohanan bola sepak U16 Kyushu Region, seterusnya dinobatkan sebagai MVP Kyushu Region U16 pada 2017.

Kini beliau masih beraksi untuk Higashi Fukuoka High School dalam Prince Takamado West League 2018.

19. Aoki Yusuke: 16 tahun, (170cm / 66kg), FC Tokyo U18

26101982_1682875418442112_2059941314_o

Salah seorang pemain produk dari Akademi FC Tokyo sejak berusia 12 tahun.

Aoki Yusuke bersama Akademi FC Tokyo U15 Furukawa yang menyertai kejohanan Prince Takamado U15 dan muncul dalam 5 perlawanan menjaringkan 9 gol, namun hanya berjaya membantu skuad dikedudukan naib juara.

Ketika ini beliau sudah menyertai skuad FC Tokyo U18, dan telah membuat 10 penampilan dalam Prince Takamado Premier East League.

20. Toyama Shoji: 16 tahun, (175cm / 60kg), Gamba Osaka Youth

DWo7_DbVAAAwJ7V

Mula beraksi sebagai penyerang bersama Terauchi Sky Soccer Tea, di Osaka sebelum menyertai Gamba Osaka Junior Youth.

Tahun 2018, Toyama Shoji dinaikkan ke skuad Gamba Osaka Youth memakai jersi nombor 9, beraksi dalam Prince Takamado West League, 2 gol dijaringkan dalam 5 perlawanan.

Seorang penyerang yang tidak gentar untuk menghadapi lawan dan agresif untuk terus menyerang gol pasukan lawan.