Mungkin ramai peminat bola sepak di Malaysia tidak tahu mengenai bagaimana Jepun menyediakan satu platform khas untuk remaja bawah 18 tahun mereka mempamerkan bakat untuk pembangunan kepada pasukan kelab seterusnya kepada skuad kebangsaan.

Secara asasnya mereka mempunyai 1 liga yang dibahagikan kepada 9 buah region dimana setiap region itu mempunyai 8 hingga 10 pasukan gabungan dari skuad remaja kelab JLeague serta pasukan U18 sekolah tinggi.

Dari perspektif hierarki pula, boleh dikatakan Jepun mempunyai struktur liga bawah 18 tahun yang terdiri dari 3 divisyen mengikut peringkat berdasarkan prefektur masing-masing.

Diperingkat Mana Liga Bola Sepak Remaja U18 Jepun Bermula?

Seperti yang dikatakan, wujud sekurang-kurangnya 4 divisyen dalam liga peringkat umur 18 tahun. Divisyen 2 hingga 3 dikenali sebagai Prince Takamado – Prince League atau lebih dirujuk sebagai Prince League sahaja.

Price League bermula disemua 46 buah prefektur dan 5 blok liga di Hokkaido prefektur (Divisyen 3).

Sehingga artikel ini ditulis, kami tidak mempunyai angka yang tepat mengenai berapa buah pasukan yang terlibat, tetapi berdasarkan kajian dan maklumat yang ada lebih dari 1000 buah pasukan terlibat untuk peringkat ini sahaja.

maxresdefault

Untuk layak beraksi dalam divisyen 2 Prince League, pasukan-pasukan bertanding perlu melalui proses ‘promotion & relegation’ seperti yang telah ditetapkan.

Pada peringkat divisyen 2 (9 buah region) juara setiap region akan layak beraksi di pusingan play-off bagi menentukan 4 buah pasukan yang akan beraksi dalam divisyen 1 atau dikenali sebagai Prince Takamado – Premier League.

Dalam saingan divisyen 2 ini, bilangan pasukan bertanding adalah seperti berikut;

  • Hokkaido (8 pasukan) – Jumlah perlawanan 56
  • Tohoku (10 pasukan) Jumlah perlawanan 90
  • Kanto (10 pasukan) – Jumlah perlawanan 90
  • Tokai (10 pasukan) – Jumlah perlawanan 90
  • Hokushin’etsu (10 pasukan) – Jumlah perlawanan 90
  • Kansai (10 pasukan) – Jumlah perlawanan 90
  • Chugoku (10 pasukan) – Jumlah perlawanan 90
  • Shikoku (10 pasukan) – Jumlah perlawanan 90
  • Kyushu 1st (10 pasukan) – Jumlah perlawanan 90

Secara keseluruhannya, dalam divisyen 2 Prince League ada 88 buah pasukan bertanding dan melibatkan 776 perlawanan sepanjang musim.

Play-Off Divisyen 1 – Premier League

Mulai tahun 2017, JFA telah menetapkan bahawa 16 pasukan akan layak beraksi dalam saingan play-off berdasarkan jumlah slot yang diberikan kepada setiap region.

  • Hokkaido, Hokushinetsu dan Shikoku :1 slot setiap region
  • Tohoku, Tokai, Kansai, Chugoku dan Kyushu:2 slot setiap region
  • Kanto:3 slot

Cz8c_81VIAEL0eq

Semua 16 pasukan yang berjaya layak ke play-off akan diundi dalam 4 kumpulan dan juara setiap kumpulan layak ke saingan Prince Takamado – Premier League.

Prince Takamado – Premier League, Saingan Elit Liga Bola Sepak U18 Jepun

Saingan pada peringkat ini adalah tahap tertinggi bagi semua pasukan bola sepak U18 diseluruh Jepun.

Premier League dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu East League dan West League dimana juara setiap bahagian akan berentap pada Premier League Final bagi menentukan juara mutlak liga elit U18 Jepun.

Manakala 2 pasukan tercorot setiap bahagian – 4 pasukan bagi kedua-dua bahagian, akan turun beraksi dalam saingan Prince League musim seterusnya.

Senarai Pasukan Bertanding Premier League U18 Musim 2018

East League

AyanoMiura_171217_001_Fotor

Tohoku: Aomori Yamada High School (Aomori Prefektur)

Kanto:

  • Kashima Antlers Youth (Ibaraki Prefektur)
  • Urawa Reds Diamond Youth (Saitama Prefektur)
  • Ichiritsu Funabashi High School (Chiba Prefektur)
  • Kashiwa Reysol U18 (Chiba Prefektur)
  • Ryutsu Keizai Univ. High School (Chiba Prefektur)
  • FC Tokyo U18 (Tokyo Prefektur)

Hokushinetsu: Toyama Daiichi High School (Toyama)

Tokai:

  • Shimizu S Pulse Youth (Shizuoka Prefektur)
  • Jubilo Iwata U18 (Shizuoka Prefektur)

West League

AyanoMiura_171217_000_Fotor

Tokai: Nagoya Grampus U18 (Aichi Prefektur)

Kansai:

  • Kyoto Sanga U18 (Kyoto)
  • Hannan Univ. High School (Osaka)
  • Gamba Osaka Youth (Osaka)
  • Cerezo Osaka Youth (Osaka)
  • Vissel Kobe U18 (Hyogo)

Chugoku:

  • Yonago Kita High School (Tottori)
  • Sanfrecce Hiroshima Youth (Hiroshima)

Kyushu:

  • Avispa Fukuoka U18 (Fukuoka)
  • Higashi Fukuoka High School (Fukuoka)

Kejohanan U18 Alternatif Kepada Prince Takamado Premier/Prince League

Selain dari liga bola sepak Prince Takamado Premier dan Prince League, ada 2 lagi kejohanan yang mempunyai reputasi dan prestij yang cukup tinggi untuk pembangunan bakat berumur bawah 18 tahun.

J-Youth Cup, Kejohanan Bola Sepak Remaja J.League 

Kejohanan ini adalah dibawah kendalian pihak J.League sahaja dan hanya melibatkan pasukan-pasukan remaja semua kelab J.League dalam 3 buah divisyen.

Dalam 3 divisyen utama liga bola sepak Jepun, terdapat hampir 50 buah kelab dan semua pasukan remaja kelab-kelab ini akan bertanding bagi menentukan pasukan mana paling berbisa.

All Japan High School Soccer Tournament

Kejohanan ini pula hanya melibatkan pasukan-pasukan dari sekolah tinggi Jepun dan tiada pasukan remaja kelab J.League dibenarkan bertanding.

Kemuncak kejohanan ini adalah 48 buah pasukan akan bertanding pada peringkat kebangsaan dimana akan menentukan juara sekolah-sekolah tinggi seluruh Jepun.

Dari segi populariti, kejohanan ini dikatakan lebih meriah berbanding J-Youth Cup dengan kehadiran penonton hampir mencecah 300,000 orang untuk musim lalu. Siaran langsung serta liputan media cukup banyak dan ia menjadi platform terbaik pemain-pemain remaja untuk ‘mendapatkan’ kontrak daripada pasukan-pasukan profesional.

Tidak berjaya melalui 2 platform yang dinyatakan atau mahu menyambung pelajaran? Pemain-pemain Jepun masih mempunyai liga universiti dibawah kendalian Japan University Football Association (JUFA) yang cukup kompetitif untuk meneruskan perjuangan.

Contoh pemain dari liga universiti yang berjaya adalah seperti Yuto Nagatomo, Yoshinori Muto dan ramai lagi.