Semalam, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa saingan Piala Malaysia musim ini akan ditangguhkan ke satu tarikh lain.

Bahkan, khabar angin beredar di laman media sosial yang mengatakan Piala Malaysia mungkin dibatalkan kerana kontrak kebanyakan pemain akan tamat pada 30 November ini.

Jika saingan Piala Malaysia dibatalkan, maka slot untuk beraksi dalam saingan Piala AFC musim hadapan berkemungkinan besar akan diberikan ke Terengganu.

Skuad bimbingan Nafuzi Zain itu menamatkan saingan Liga Super di tangga ketiga, sekaligus menjadi calon yang sesuai untuk mendapat slot tersebut.

Kali terakhir Terengganu beraksi dalam saingan Piala AFC ialah pada 2012 setelah berjaya muncul juara Piala FA pada musim sebelumnya.

Terengganu diundi dalam kumpulan F bersama kelab Hong Kong, Kitchee FC, kelab Vietnam, Song Lam Nghe An FC dan kelab Singapura, Tampines Rovers.

Kelab pantai timur itu berjaya menduduki tangga kedua di belakang Kitchee dalam kumpulan F sekaligus melayakkan mereka ke peringkat 16 pasukan terakhir.

Terengganu berdepan satu lagi wakil Malaysia, Kelantan di peringkat 16 pasukan terakhir dimana skuad yang dikendalikan oleh Mat Zan Mat Aris itu tewas dengan keputusan 3-2.

Malaysia Football League (MFL) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai nasib saingan Piala Malaysia musim ini.

Lapan pasukan iaitu Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah, Terengganu, UiTM FC, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Perak telah mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala Malaysia di sini:

Faktor Utama Mengapa Saingan Piala Malaysia Musim Ini Wajar Diteruskan

TM Piala Malaysia 2020 Perlu Tangguh Atau Batal Sebenarnya? Slot AFC Cup 2021 Milik Terengganu?

TERKINI: Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Umumkan TM Piala Malaysia Ditangguhkan Ke Tarikh Lain