Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo dalam sidang media pra perlawanan diantara Vietnam bertemu Malaysia menyatakan bahawa beliau ada membuat pemerhatian terhadap pasukan Malaysia dan ada banyak perbezaan berbanding skuad dalam kejohanan AFF Suzuki 2018.

Menurut Park Hang-seo lagi, Malaysia kini mempunyai lebih ramai pemain kacukan selain game play yang lebih selamat dan stabil, terutama dibahagian tengah.

Selain itu, beliau turut mengakui bimbang mengenai pemain Malaysia yang memakai jersi no.20, yang memiliki keupayaan untuk memecah masuk kedalam kawasan kotak penalti.

Vietnam vs Malaysia

PHOTO CREDIT – PHOTO BY KAMARUL AKHIR / ASIANA.MY

Begitu juga di kawasan wide area apabila Malaysia mempunyai pemain yang kuat serta memiliki kelajuan dan juga ketinggian terutama dibahagian kanan yang mampu mengucar kacirkan pertahanan untuk menjaringkan gol.

Apabila ditanya  mengenai tahap keyakinan skuad Vietnam menjelang pertemuan dengan Malaysia, Park Hang-seo menjelaskan;

“Vietnam telah banyak menang dengan keputusan yang bagus menentang Malaysia, tetapi apabila bercerita mengenai perlawanan, saya tidak peduli dengan konfrontasi pencapaian ini.

“Ini kerana ia adalah sesuatu yang sudah berlalu. Saya tidak boleh kata 100% (keyakinan), tetapi kami pastinya mahukan kemenangan dalam perlawanan esok.

Artikel lain berkaitan Malaysia menjelang perlawanan bertemu Vietnam esok.

Park Hang-seo: Barisan Serangan Malaysia Kini Semakin Tajam

Mata FIFA Ranking Malaysia Terus Meningkat, Peluang Untuk Pintas Singapura Dan Kuwait

Norshahrul Percaya Malaysia Mampu Bawa Pulang Keputusan Positif

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group