Saingan J League musim ini diwarnai oleh beberapa pemain dari Asia Tenggara khususnya Thailand dan Malaysia. Memandangkan Thailand mempunyai wakil yang lebih ramai iaitu seramai empat pemain, di sini kami bawakan prestasi semasa pemain Thailand dalam saingan J League musim 2019.

1. Chanathip Songkrasin
chanathip songkrasin

Pemain yang beraksi bersama Consadole Sapporo ini telah beraksi dalam 10 perlawanan dimana enam daripadanya diturunkan dalam kesebelasan utama. Chanathip mempunyai minit bermain sebanyak 896 dan menyumbangkan satu gol setakat ini.

2. Theerathon Bunmathan

Theerathon Bunmathan
Sumber Gambar: Football Tribe

Theerathon tampil dalam 3 perlawanan dimana satu daripadanya diturunkan dalam kesebelasan utama. Pemain pinjaman dari Muanthong United ini mempunyai minit permainan sebanyak 261 dan masih belum menjaringkan gol.

3. Thitipan Puangchan

Thitipan Puangchan
Sumber Gambar: Kyodo News Plus

Thitipan yang beraksi bersama Oita Trinita setakat ini telah tampil dalam 8 perlawanan dimana satu daripadanya bermula dalam kesebelasan utama. Beliau mempunyai minit permainan sebanyak 472 namun masih belum menjaringkan gol.

4. Nattawut Suksum

Nattawut Suksum
(Photo by Pakawich Damrongkiattisak/Getty Images)

Penyerang skuad bawah 23 tahun Thailand ini mencipta sensai apabila beliau menyertai FC Tokyo. Ketika ini, Nattawut beraksi bersama skuad bawah 23 tahun FC Tokyo dimana beliau beraksi dalam empat perlawanan dan mempunyai minit permainan sebanyak 168. Akan tetapi beliau belum menjaringkan gol setakat ini.

Itulah dia prestasi semasa empat pemain Thailand dalam saingan J League musim ini. Diharapkan pemain muda Malaysia dapat mengikut jejak langkah keempat pemain ini dan mencipta nama di kuasa bola sepak Asia itu pada masa akan datang.

Baca Juga: 5 Pemain Import Asean Terbaik Setakat Ini