Saingan Liga Malaysia tidak pernah lekang dari drama dan kontroversi dimana baru-baru ini pengadil perlawanan mendapat kritikan pedas ekoran prestasi yang tidak memberangsangkan dalam saingan Liga Super.

Pengadil perlawanan antara Terengganu menentang Sabah di Likas semalam, Khairulazuan Kidam mencuri tumpuan apabila beberapa keputusan yang dibuat oleh beliau dinilai tidak sepatutnya berlaku dan merugikan pasukan Terengganu.

Seperti contoh jaringan Jordan Mintah yang dibatalkan kerana pengadil menganggap penyerang Terengganu itu mengasari penjaga gol Sabah, Robson Rendy.

Akan tetapi, jika melihat kepada video di atas, Mintah berjaya memenangi duel di udara sekaligus menanduk bola dan beliau tidak mengasari Rendy.

Pada perlawanan yang melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Perak di Ipoh, pengadil perlawanan Noor Azriel Baharudin gagal mengesan kesalahan yang terjadi ketika gol kedua Perak dijaringkan.

Sergio Aguero mengambil sepakan percuma ketika bola sedang bergerak selepas dikasari oleh Matthew Davies. Perkara ini sepatutnya dihentikan kerana bola harus dihentikan sepenuhnya barulah sepakan boleh diambil.

Kejadian yang melibatkan pengadil sudahpun berlaku sejak awal musim ini dimana kejadian terawal pada perlawanan pembukaan Liga Perdana antara Kelantan menentang Perak II di Kota Bharu.

Pengadil dilihat menganggu perlawanan dengan berada berdekatan bola sekaligus menghalang percubaan yang akan dilakukan oleh penyerang Kelantan, Jack Hindle.

Pengelola liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) serta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu segera mengambil tindakan agar insiden seperti di atas tidak berlaku pada perlawanan akan datang.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Jaringan Penalti Leandro Velazquez Selamatkan Maruah JDT Di Ipoh

Rekod Tanpa Kalah Terengganu Lebur Di Stadium Likas

Dua Jaringan Penalti Bantu Melaka United Dapat Tiga Mata Penuh