Sebut sahaja nama Cristiano Ronaldo, pasti ramai yang mengetahuinya. Daripada budak kecil sehingga golongan warga emas mengenali salah seorang atlet bola sepak terbaik dunia itu. Tahukah anda Cristiano Ronaldo telah memberikan antara persembahan terbaik beliau di Premier League pada musim 07/08?

Cristiano Ronaldo hadir di Manchester United dari Sporting Lisbon pada musim panas tahun 2003. Beliau dibentuk dan diasah oleh Sir Alex Ferguson dan datang sebagai pengganti kepada David Beckham yang berhijrah ke Real Madrid pada musim yang sama.

Cristiano Ronaldo
Sumber Gambar: AS English

Ronaldo perlahan-lahan menonjolkan dirinya sebagai salah seorang pemain sayap yang lincah dan kreatif serta berkebolehan tinggi menjaringkan gol pada seluruh dunia. Musim terbaiknya muncul pada tahun 2007/2008, musim kelimanya di Old Trafford.

Pada musim tersebut, beliau telah menjaringkan 42 gol daripada 49 penampilan dalam semua pertandingan. Antara gol yang penting buat United ketika final Liga Juara-Juara Eropah menentang Chelsea, yang dimenangi United menerusi sepakan penalti dan juga sepakan percuma yang menakjubkan menentang Portsmouth di Old Trafford.
Di Liga Perdana, Ronaldo berjaya mencetak 31 gol dan 7 bantuan gol menobatkan beliau sebagai pemenang Kasut Emas bagi musim tersebut.

Gandingan Ronaldo, Rooney dan Tevez sangat merbahaya dan digeruni pertahanan lawan berjaya membenam Chelsea di tempat kedua untuk memenangi Liga untuk kali kedua berturut-turut. Ronaldo memulakan kempen 07/08 dengan agak perlahan apabila gagal menjaringkan sebarang gol pada 7 perlawanan pertama United di dalam Liga.

Beliau juga gagal mengawal emosi dan dilayangkan kad merah ketika bertandang ke Portsmouth. Ronaldo kemudiannya berjaya memecahkan kebuntuan gol dengan menjaringkan satu gol ketika menentang Birmingham. Dari situ, gol daripada Ronaldo mencurah-curah bagai tiada arah dan membalas dendam terhadap skuad Pompey, menjaringkan hatrik pertamanya untuk United di Old Trafford (perlawanan jaringan sepakan percuma yang hebat itu).

Cristiano Ronaldo
Sumber Gambar: BBC

Ronaldo mengakhiri musim beliau dengan merangkul 4 trofi pemain terbaik bulanan, 1 trofi Anugerah PFA dan Kasut Emas. Merangkul juga kejuaraan liga dan trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Kehebatan pada musim tersebut memungkinkan gergasi La Liga, Real Madrid untuk merisik dan menyunting beliau dari Old Trafford. Namun beliu kekal untuk semusim lagi sebelum berpindah ke Bernabeu dengan yuran perpindah rekod dunia iaitu €80 Juta pada 2009.

Baca artikel lain mengenai Cristiano Ronaldo di sini:

Real Madrid Tak Berminat Dapatkan Semula Cristiano Ronaldo

Laku Keras: Juventus Kutip RM243 Juta Dalam Masa 24 Jam Hasil Jualan Jersi Cristiano Ronaldo

Juventus Menang, Ronaldo Ledak Gol Penalti Ke-120