Pasukan Kedah berjaya melayakkan diri ke saingan Piala AFC musim hadapan dengan menghuni tangga kedua Liga Super selepas menewaskan pasukan Perak dengan keputusan 3-2 semalam.

Renan Alves muncul wira setelah menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-63 menerusi tandukan hasil dari sepakan sudut, dimana sebelum itu kedudukan terikat 2-2.

Kali terakhir Kedah beraksi dalam saingan Piala AFC ialah pada edisi 2008 lalu yang mana mereka layak sebagai juara Liga Super musim 2007 bersama Perak yang merupakan naib juara liga.

Ketika itu, Kedah diperkuatkan oleh penyerang berbisa seperti Marlon Alex James dan Khyril Muhymeen serta dibantu oleh Nelson Sam Martin.

Kedah menduduki tangga kedua dalam carta kumpulan D yang turut diisi oleh kelab Singapura, Home United, kelab Hong Kong, South China dan kelab Maldives, Victory FC.

Kedah layak ke peringkat kalah mati di atas tiket naib juara terbaik bersama-sama pasukan Perak yang muncul sebagai naib juara kumpulan E.

Akan tetapi, Kedah di bawah bimbingan Azraai Khor Abdullah gagal untuk menandingi kehebatan kelab Bahrain, Al-Muharraq dimana mereka tewas 7-1 secara agregat.

Kedah tewas 5-0 pada perlawanan pertama sebelum tewas sekali lagi dengan keputusan 2-1 pada perlawanan timbal balik. Nasib sama turut dialami Perak dimana mereka tunduk kepada kelab Lebanon, Safa FC dengan keputusan 7-0 secara agregat.

Baca artikel lain mengenai pasukan Kedah di sini:

Aidil Sharin Beri Bayangan Kekal Bersama Kedah Musim Hadapan

Kedah Guna Nama Darulaman FC (DFC), Rekaan Logo Baharu Pasukan Bakal Cetus Kontroversi Dari Peminat

Jawatankuasa Eksekutif KFA Tolak Surat Perletakan Jawatan Sanusi