Kekalahan 4-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 semalam sememangnya satu perkara yang sukar diterima oleh ramai pihak.

Barisan pemain yang gagal menampilkan prestasi terbaik selain terlalu menghormati pihak lawan menjadi punca skuad bimbingan Tan Cheng Hoe dibolosi empat gol sekaligus kehilangan tempat kedua dalam carta kumpulan G.

Namun, prestasi hambar yang ditampilkan oleh pemain naturalisasi menjadi isu utama dimana rata-rata peminat bola sepak tanah air tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh Liridon Krasniqi, Guilherme De Paula dan Mohamadou Sumareh.

Ketiga pemain naturalisasi ini gagal untuk menampilkan kemampuan sebenar mereka dimana tiada gerakan yang berbahaya selain mensia-siakan peluang yang dimiliki.

Berbeza dengan pemain tempatan lain seperti Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Dion Johan Cools dan Syafiq Ahmad yang nampak lebih bertenaga selain lebih mempunyai keinginan untuk meraih kemenangan bagi pasukan negara pada perlawanan semalam.

Apa yang pasti, tiga pemain naturalisasi ini perlu memperbaiki prestasi mereka pada dua lagi perlawanan menentang Vietnam dan Thailand bagi membuktikan bahawa pengambilan mereka beraksi bersama pasukan kebangsaan bukanlah satu perkara yang sia-sia.

Malaysia perlu meraih kemenangan pada dua perlawanan terakhir sekiranya mahu mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan ketiga sekaligus layak ke Piala Asia 2023.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

UAE Ambil Kesempatan Aksi Longlai Dipamerkan Skuad Negara

Nike Flight Digunakan Sebagai Bola Rasmi Aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022

Van Marwijk: Kami Telah Bekerja Keras, Wajib Menang Ke Atas Malaysia