Prestasi ‘sendu’ yang dipamerkan oleh penjaga gol utama skuad Vietnam, Dang Van Lam sejak kebelakangan ini memang telah menjadi salah satu perhatian barisan kejurulatihan Vietnam yang diketuai oleh Park Hang-seo.

Aksi Dang Van Lam yang kini bersama kelab SCG Muangthong United itu merosot teruk sehingga terpaksa diketepikan oleh Alexander Gama dan digantikan oleh Somporn Yos, penjaga gol simpanan kelab itu dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum ini.

Berdasarkan tinjauan di laman web Transfermarkt, anggaran nilai penjaga gol kacukan Vietnam-Russia itu merundum teruk apabila kini hanya berharga sekitar USD200,000 sahaja, dimana sebelum ini SCG Muangthong United membayar wang perpindahan berjumlah USD500,000.

1-1574209913_1200x0

Dalam perkembangan berkaitan, Dang Van Lam dikatakan telah menarik minat beberapa buah kelab dalam saingan Liga Russia serta J.League yang sanggup membayar yuran perpindahan sekitar USD1.2 juta. Dan disebabkan prestasi tinggi dan konsisten Somporn Yos di SCG Muanthong United, Dang Van Lam dilihat terdesak untuk keluar mencari destinasi baru untuk kembali mencari prestasi terbaik beliau.

Menurut beberapa laporan media sukan Vietnam, pihak VFF sudah pun memulakan proses untuk ‘membawa pulang’ bekas penjaga gol Sparta Prague iaitu Filip Nguyen yang kini beraksi dengan pasukan FC Slovan Liberec dalam liga divisyen 2 Republik Czech.

72694566_10159185877772516_7975626819812458496_o

Pihak VFF dikatakan sudah mulakan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan Filip Nguyen sejak bulan Julai 2019 yang lalu dan berkemungkinan besar akan selesai sebelum akhir tahun 2020.

Wujud juga persoalan apakah Filip Nguyen sempat diturunkan apabila bertemu Malaysia dalam perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 nanti, namun kemungkinan besar tidak dapat diturunkan.

Sama-sama kita nantikan perkembangan penjaga gol kacukan Vietnam-Republik Czech ini nanti.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Nguyen Quang Hai Dikecam Teruk Oleh Netizen Vietnam Kerana ‘Tayang’ Mercedes Berharga RM400,000

Bekas Penyerang Vietnam Berpendapat Eredivisie Terlalu Berat Untuk Doan Van Hau

Ketua Jurulatih Myanmar ‘Perlekeh’ FIFA Ranking Malaysia, Salah Satu Sebab Perlawanan Persahabatan Dibatalkan

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group