Thai League merupakan antara liga terbaik di rantau Asia Tenggara ketika ini. Sejak dua musim terakhir, pemain Malaysia seperti Shahrel Fikri Fauzi dan Curran Ferns berjaya memecah kebuntuan dengan beraksi dalam saingan Thai League bersama Nakhon Ratchasima FC dan Sukhothai FC.

Shahrel kembali ke saingan Liga Malaysia dengan menyertai pasukan Perak setelah tempoh pinjaman beliau selama 5 bulan bersama Nakhon tamat. Seorang lagi pemain, Curran Ferns kekal beraksi bersama Sukhothai musim ini. Namun, Prestasi bekas pemain Felda United ini tidak seperti yang diharapkan.

Curran Ferns
Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Setakat 10 perlawanan Thai League 1, Ferns hanya membuat dua penampilan dimana beliau dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua. Ferns tampil ketika Sukhothai menghadapi Bangkok United dan Chiangmai FC pada dua perlawanan pertama liga dimana kedua-dua perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri.

Ferns tersenarai dalam pasukan pada perlawanan ketiga liga menentang Suphanburi FC namun pemain berusia 25 tahun ini hanya memanaskan bangku simpanan.

Curran Ferns
Sumber Gambar: Felda United

Ferns terus hilang daripada pasukan utama yang dibawa untuk menghadapi perlawanan Thai League 1 selepas pertemuan menentang Suphanburi. Ketua jurulatih Sukhothai, Ljubomir Ristovski lebih gemar menggunakan pemain lain berbanding Ferns.

Curran Ferns masih mempunyai baki perlawanan untuk memperbaiki prestasi beliau seterusnya kembali memperkuatkan kesebelasan utama Sukhothai. Ferns antara pemain yang dicanang untuk mewakili pasukan kebangsaan pada masa akan datang dan beliau perlu segera memperoleh minit permainan.