Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh pemain pertahanan negara, Junior Eldstal nyata membuahkan hasil apabila ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mahu memanggil beliau untuk menyertai kem latihan pusat kedua Mei nanti.

Menurut Cheng Hoe, selain Junior, beliau juga mahu menyenaraikan pemain tengah Newcastle Jets, Liridon Krasniqi dan pemain Sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid.

Junior Eldstal
Sumber Gambar: Chonburi

“Kami memang memantau prestasi Junior Eldstal dalam Liga Thailand. Kami berharap ketiga-tiga pemain ini akan bebas kecederaan dan dapat menyertai kami dalam kem latihan Mei nanti,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Junior baru-baru ini menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan separuh akhir Piala FA Thailand menentang Buriram United sekaligus melayakkan Chonburi ke pentas final.

Kali terakhir pemain kacukan ini beraksi bersama skuad kebangsaan ialah pada tahun 2015 ketika dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Skuad Harimau Malaya Mahu Dapat Dua Dos Suntikan Vaksin Lebih Awal

Malaysia Hampir Pasti Bertemu Bahrain, Persiapan Hadapi Baki Kelayakan Piala Dunia 2022

Gol Junior Eldstal Benam Cabaran Buriram United, Bawa Chonburi Ke Final Thai FA Cup 2021