Ketua jurulatih UAE Bert Van Marwijk telah dipecat oleh Persatuan Bola Sepak UAE berkuatkuasa semalam selepas dimalukan oleh Qatar dalam kejohanan Gulf Cup 2019.

Jurulatih berasal dari Belanda itu dilantik untuk mengemudi pasukan UAE pada 20 Mac lalu, dan telah mengendalikan pasukan kira-kira 8 bulan 15 hari sahaja.

Sejak dipegang oleh Bert Van Marwijk, UAE telah mengharungi 9 perlawanan dan hanya mampu menang 5 perlawanan dengan peratusan kemenangan sekitar 55.56%.

Prestasi Buruk Dalam Gulf Cup 2019

Terkini dalam kejohanan Gulf Cup 2019, UAE hanya mampu menang 1 perlawanan ketika berdepan Yemen hasil hatrik Ali Mabkhout.

Namun 2 kekalahan berturut-turut kepada Iraq (0-2) dan Qatar (2-4) menutup terus peluang mereka untuk layak ke pusingan seterusnya.

UAE_16ec781db32_large

Sebelum ini Bert Van Marwijk pernah membimbing pasukan Arab Saudi layak ke saingan Piala Dunia 2018, namun disebabkan beberapa isu yang melanda terutamanya berkaitan kontrak, beliau tidak menyambung khidmat bersama pasukan itu.

Kelayakan Piala Dunia 2022

Dalam pusingan kelayakan Piala Dunia pula, pasukan UAE kini berada dikedudukan ke 4 kumpulan G dibelakang Malaysia selepas mengutip 6 mata dari 4 perlawanan.

Skuad UAE ini juga tewas 2 perlawanan berturut-turut kepada Thailand dan juga Vietnam, menjadikan mereka kini tertekan untuk cuba melayakkan diri pusingan 3 kelayakan Piala Dunia 2022.

UAE akan bertemu Malaysia dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 26 Mac 2020 nanti. Dalam perlawanan itu juga, pasukan UAE kehilangan pemain pertahanan tengah utama mereka akibat digantung kerana mengutip 2 kad kuning.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Dibuang Padang Bertemu Vietnam, ‘Center Back’ Utama UAE Ini Tidak Dapat Diturunkan Bertemu Malaysia

Brendan Gan Digantung 1 Perlawanan, Terkilan Terlepas Perlawanan Penting Bertemu UAE Tahun Hadapan

6 Pemain Malaysia Yang Berisiko Terlepas Perlawanan Dengan UAE Jika Kutip Kad Kuning Kedua Malam Ini