Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kedah Darul Aman terus menampilkan prestasi kurang memberangsangkan apabila mereka hanya sekadar mencatat keputusan seri ketika bertemu Petaling Jaya City dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ semalam.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kedah, Khamal Idris Ali menafikan prestasi buruk pasukan berpunca daripada masalah gaji yang dialami.

Kedah berada di hadapan dengan keputusan 3-1 hasil jaringan hatrik penyerang import, Ronald Ngah Wanja dan mereka dijangka bakal menamatkan dua kekalahan berturut-turut yang dialami ketika berdepan Sabah dan Melaka United sebelum ini.

Namun, pada 20 minit terakhir, PJ City berjaya bangkit dimana mereka menjaringkan gol menerusi Mahali Jasuli dan bekas pemain Kedah, Khyril Muhymeen pada minit ke-77 dan 83 sekaligus meraih satu mata dan mengecewakan pasukan lawan.

Peminat Kedah nyata kecewa dengan prestasi semasa Kedah Darul Aman dimana pasukan itu bukan sahaja mengutip satu mata dari tiga perlawanan yang dihadapi tetapi barisan pertahanan turut melepaskan 11 gol pada empat perlawanan terakhir liga.

Menambah kepada kekecewaan dan kebimbangan peminat adalah pasukan itu akan beraksi dalam saingan Piala AFC pada Jun ini dan Kedah dilihat belum bersedia untuk beraksi di pentas Asia.

Benteng pertahanan yang rapuh dilihat bakal menjadi masalah utama dan ketua jurulatih, Aidil Sharin digesa untuk aegera menyelesaikan masalah ini.

Keputusan seri menentang PJ City masih lagi meletakkan Kedah di tangga kedua dalam carta Liga Super dimana mereka berada satu mata di belakang pendahulu ketika ini iaitu Negeri Sembilan.

Namun, masih ada beberapa pasukan yang mempunyai baki perlawanan lebih banyak berbanding kelab dari Utara tanah air itu antaranya Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabah dan Selangor.

Sekiranya ketiga-tiga pasukan ini mencatat kemenangan pada baki perlawanan yang dimiliki, maka Kedah bakal terjatuh ke kelompok pertengahan.

Pada perlawanan Liga Super seterusnya, Kedah akan turun berdepan Negeri Sembilan pada 17 Mei ini di laman sendiri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Nick Swirad: Bertemu Sarawak United Ibarat Ujian Mental Buat Sri Pahang

Peminat Tolak Gonzalo Cabrera Jadi Pemain Naturalisasi

FAM Umum Jualan ‘Tiket Kombo RM100’ Aksi Kelayakan Piala Asia 2023

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group