Presiden kelab Chiangrai United, Miti Tiyapairat dalam satu kenyataan kepada media sukan Thailand mendedahkan bahawa beliau telah menerima banyak tawaran dari kelab-kelab Jepun untuk mendapatkan khidmat penyerang muda mereka, Ekanit Panya.

Menurut Miti Tiyapairat lagi, beliau kini dalam proses mempertimbangkan semua tawaran yang diterima dari pasukan-pasukan dalam saingan J1 dan juga J2 League dengan lebih teliti.

Walaupun begitu, presiden Chiangrai United itu juga menyimpan harapan supaya Ekanit Panya akan kekal bersama pasukan untuk musim 2020 bagi merasai pengalaman beraksi dalam saingan AFC Champions League yang menjadi milik mereka selaku Juara Thai League 1 2019.

74171114_10156518528381881_5183600543553028096_o

Ekanit Panya sememangnya mencuri tumpuan apabila muncul selaku penjaring tempatan terbanyak dengan jumlah 10 jaringan musim 2019 walaupun baru sahaja mencecah usia 20 tahun.

Bersama skuad kebangsaan Thailand pula, Ekanit Panya turut memainkan peranan yang penting untuk Akira Nishino terutama ketika menumpaskan UAE 2-1 di Bangkok serta dipilih sebagai Man of the Match perlawanan tersebut.

Prestasi beliau dan juga seorang lagi pemain muda Suphanat Mueanta juga turut menjadi bualan sehingga pihak Thai League mengeluarkan satu statistik perbandingan kedua-dua pemain ini untuk melihat dengan lebih jelas lagi keupayaan mereka diatas padang.

72875547_1181190908936128_7145678841455837184_n

Selain itu, berdasarkan tinjauan di laman sosial dan juga platform lain, kami dapati perkara ini semua berlaku selepas beberapa pemain skuad kebangsan Thailand seperti Chanathip Songkrasin, Thitipan Puangchan, Teerasil Dangda serta Theerathon Bunmathan berjaya mempamerkan aksi terpuji ketika beraksi bersama kelab masing-masing di Jepun.

Impak yang telah dicipta oleh mereka yang disebut diatas adalah cukup kritikal untuk membuka lebih banyak mata dan juga ‘pintu pagar’ kepada pemain lain untuk mendapat tempat bersama pasukan J.League.

Tidak keterlaluan jika dikatakan saingan Thai League sebenarnya ‘jambatan’ terbaik untuk para pemain-pemain dari Asia Tenggara sekiranya memasang impian mahu beraksi dalam saingan bola sepak salah sebuah liga bola sepak terbaik di Asia.

Baca juga beberapa artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah sebagai peminat sejati bola sepak.

Kelab Liga Divisyen 3 Jepun Ini Catat Keuntungan RM423,211.90 Pada Tahun 2018

Budak Tingkatan 2 Ini Lulus Lesen Tahap 3 Hierarki Pengadil Bola Sepak Jepun

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Chanathip Songkrasin: 98.5% Diturunkan Dalam Kesebelasan Utama Hokkaido Consadole Sapporo

Penyokong Kelab Divisyen 2 Jepun Ini Menangis Kecewa Nama Kelab Ditukar Oleh Pemilik Tanpa Peduli Suara Mereka