Presiden kelab La Liga, Valencia iaitu Anil Murthy menegaskan pemilik kelab, Peter Lim tidak bercadang untuk menjual pasukan itu meskipun terdapat minat daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Anil menyatakan beliau telah berbincang dengan Peter setelah TMJ memuat naik kenyataan di Instagram Story miliknya dan jutawan dari Singapura itu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjual kelab.

“Rakan sekerja saya telah memberitahu mengenai kenyataan TMJ di laman Instagram. Saya telah berbincang bersama Peter dan beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menjual kelab ini,” kata Anil.

Peter dan juga Anil menjadi sasaran kritikan peminat Valencia dimana mereka mahu dua individu ini untuk meninggalkan pasukan dan menjual kepada pihak lain yang lebih mengerti mengenai bola sepak.

Valencia
Valencia’s new ower Piter Lim (R) and Valencia’s President Amadeo Salvo stand in the tribunes during the Spanish league football match Valencia FC vs Elche CF at the Mestalla stadium in Valencia on October 25, 2014. AFP PHOTO/ JOSE JORDAN

Sejak menjadi pemilik kelab pada 2014 lalu, Peter telah membuat keputusan yang dianggap merugikan oleh peminat seperti menukar pengurus tanpa sebab yang kukuh serta menjual pemain bintang pasukan.

Valencia ketika ini menduduki tangga ke-14 dalam carta La Liga, mengutip 27 mata daripada 25 perlawanan yang dihadapi setakat ini dan dibezakan lima mata dari zon penyingkiran.

Baca artikel lain mengenai perkembangan TMJ dan Valencia di sini:

Apa Yang Penyokong Valencia CF Boleh ‘Expect’ Jika TMJ Muncul Sebagai Pemilik Kelab Yang Baharu?

Kejayaan Dan Cipta Sejarah Jadi Motivasi, TMJ Beri Bayangan Mahu Ambil Alih Valencia?

Tanda Penghargaan, TMJ ‘Belanja’ Penyokong JDT