Pihak polis di utara Thailand beberapa hari yang lalu telah berjaya menangkap seorang individu lelaki yang juga merupakan presiden kelab Thai League 2 atas kesalahan menjual dan mengedar dadah.

Menurut laporan dari laman web SpringNews Thai, polis telah menyerbu di 3 lokasi berkenaan iaitu 2 buah vila mewah serta sebuah pejabat yang disyaki menjadi tempat kegiatan mereka.

Hasil serbuan itu pelbagai barangan telah dirampas termasuk sebuah kereta mewah Lamborghini, barang kemas, wang tunai, beberapa geran tanah dan pelbagai lagi yang akan dijadikan bahan bukti pertuduhan.

thai 2 thaiSecara keselurahan, dikatakan hasil rampasan itu juga bernilai lebih dari THB150 juta (RM19 juta) dan perkara ini amat mengejutkan ramai pihak terutama peminat bola sepak di Thailand.

Menurut artikel SMMSport, 22 orang telah ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan kes dadah ini.

Dalam laporan itu juga ada menyebut bahawa kelab Lamphun Warrior sudah pun maklum dengan situasi tersebut dan menyifatkan perkara itu adalah bersifat kepada kehidupan peribadi individu tersebut dan tiada impak kepada kelab.

Pemangku Presiden Thai League juga sedia untuk memanggil pihak pengurusan kelab untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai situasi dan impak yang mungkin akan timbul akibat dari penangkapan ini terutamanya berkaitan aliran kewangan kelab.

Sebagai rekod, musim lalu kelab Lamphun Warrior merupakan juara saingan Thai League 3 dan berjaya naik ke saingan Thai League 2 musim 2021/2022.

Teruskan membaca artikel-artikel yang yang telah disediakan seperti dibawah.

Buriram United Pernah Bayar RM2.32 Juta Untuk Batalkan Kontrak Pemain Import Selepas 11 Hari Sahaja Beraksi

Masashi Motoyama: “Hanya JDT Miliki Fasiliti Setaraf Dengan Kelab Atasan J.League, Pasukan Lain Lebih Kurang Sama Sahaja.”

Jersi Buriram United Terjual 51,677 Helai, Menjana Jualan Sekitar RM4.56 Juta Dalam 3 Minggu!