Presiden OGC Nice, Jean-Pierre Rivere tanpa berselindung menuduh pemain Marseille sebagai punca menyebabkan ketegangan melibatkan para penyokong kelab tersebut pada perlawanan yang berlangsung awal pagi tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Allianz Riviera, Nice itu terpaksa dibatalkan selepas penyokong pasukan tuan rumah bertindak di luar kawalan dengan masuk ke dalam padang sekali gus mencederakan pemain Marseille.

https://twitter.com/gexmsvivi/status/1429540416899092482

Keputusan untuk menunda perlawanan itu terpaksa dibuat selepas Marseille enggan meneruskan aksi walaupun para pemain Nice bersedia untuk kembali beraksi selepas insiden tersebut berjaya dikawal pasukan keselamatan.

Berdasarkan tinjauan di media sosial, kelihatan tiga pemain Marseille iaitu Dimitri Payet, Matteo Guendouzi dan Luan Peres mengalami sedikit kecederaan di bahagian belakang dan leher susulan kejadian memalukan tersebut.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku selepas Guendouzi dan Alvaro Gonzalez memberikan reaksi balas kepada penonton selepas terdapat individu dari tempat duduk penyokong Nice membaling botol minuman kepada Dimitri Payet sewaktu beliau ingin mengambil sepakan sudut.

Keadaan itu yang membuatkan Rivere menganggap tindakan daripada dua pemain tersebut menjadi punca kepada kemarahan para penyokong Nice.

“Apa yang menjadi pendorong [tercetusnya pergaduhan] adalah reaksi ditunjukkan dua pemain Marseille (merujuk kepada Guendouzi dan Gonzalez) yang pergi berhadapan dengan peminat.”

“Ia amat mengecewakan kerana semuanya berakhir seperti ini. Semuanya amat jelas. Kem Marseille juga seharusnya tidak masuk ke padang dan memukul pemain kami.”

“Saya juga tidak begitu memahami kenapa tidak mahu kembali meneruskan aksi,” ujar Rivere menurut laporan dikeluarkan Goal.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.

TERKINI: Liridon Krasniqi Sertai Odisha FC Secara Pinjaman

Eksklusif: Hanya Satu Tandatangan Gagalkan Impian Asyraf Khairuddin Sarung Jersi DC United

https://www.vocketfc.com/thomas-trucha-gol-babak-pertama-main-peranan-bantu-kemenangan-penang/

Sumber