Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Damian Yeo Shen Li telah melancarkan tabung untuk para peminat membuat sumbangan bagi membantu memperkasakan kewangan badan induk itu.

Damian membuat pengumumamn mengenai tabung ini menggunakan laman media sosial Facebook miliknya dimana beliau memuat naik satu video yang memaparkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu bermain biola bersama-sama anak perempuannya.

“Saya membuat crowdfunding untuk Melaka United dan mohon untuk membuat sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Melaka di nombor akaun MBB 554129103238.

“Derma RM1.00 pun boleh, RM10.00 pun boleh, RM50.00 pun boleh, RM100.00 pun boleh dan sebagainya,” kata Damien.

Langkah yang diambil Damien ini bagaimanapun tidak disambut dengan baik oleh peminat Melaka dimana mereka mempersoalkan kredibiliti individu yang menggantikan Adly Zahari sebagai presiden MUSA itu. Tinjauan di media sosial mendapati peminat Melaka kecewa kerana mereka perlu menempuh episod hitam sebagaimana yang terjadi pada 2014 lalu.

Apa yang pasti, tindakan Damien ini menunjukkan seolah-olah MUSA sedang menghadapi masalah kewangan sehingga terpaksa meminta bantuan penyokong. Saingan Liga Malaysia musim 2020 belum bermula namun peminat Melaka United telah disajikan dengan perkara kurang yang enak.

Baca artikel lain mengenai pasukan Melaka United di sini:

Razman Roslan Percaya Melaka United Mampu Cabar Johor Darul Ta’zim

Melaka United Jadi Destinasi Seterusnya Syamim Yahya

Melaka United Semakin Rancak Tandatangani Pemain Menjelang Musim 2020