Isu tunggakan gaji yang membabitkan skuad Melaka United mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan sejak kebelakangan ini apabila salah seorang pemain daripada pasukan itu membuat pendedahan di laman instagram miliknya.

Difahamkan pemain terbabit tidak menerima gaji selama 5 bulan dan tiada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak bulan Januari 2019.

Bagaimanapun, Presiden Bolasepak Melaka United (MUSA), Tuan Hj Adly Zahari menepis khabar angin kononnya bayaran gaji tertunggak mencecah lima bulan sedangkan tunggakan hanya tiga bulan. Malah, beliau turut jaminan isu tunggakan gaji pemain tersebut akan mula dilunaskan pada hujung bulan ini.

“Saya kecewa apabila ada yang mendakwa gaji pemain tidak dibayar sehingga lima bulan, ia tidak benar kerana tunggakan sebenar adalah tiga bulan.

“Kekangan yang kita hadapi sekarang adalah bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tertunggak sejak tahun lalu dan kita berusaha melunaskannya secara berperingkat berserta bayaran gaji menjelang hujung bulan ini,” katanya dalam Arena Metro.

70935529_2574941879400538_68039059427033088_n

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Yusof Mahadi memberi taklimat kepada pemain. FOTO: MUSA

Sebelum ini, MUSA menjelaskan persatuan itu menghadapi kesukaran untuk membayar gaji pemain kerana kecuaian pihak penaja dimana mereka lambat untuk menyalurkan wang penajaan kepada badan induk tersebut.

“Kelmarin, Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berjanji akan berusaha mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji yang menyelubungi pasukan itu,” tambah Adly.

Skuad Melaka dibawah bimbingan Zainal Abidin Hassan akan bertandang ke Kuantan ahad ini untuk aksi suku akhir kedua Piala Malaysia bertemu Pahang. Mereka tewas 0-3 kepada skuad tok gajah pada pertemuan pertama kelmarin.

Lagi artikel mengenai tunggakan gaji membabitkan pemain Melaka United.

Yusof Mahadi Akui Gaji Pemain Melaka United Tertunggak Dua Bulan

Pemain Melaka United Pokai Tidak Menerima Gaji Selama 3 Bulan

Gaji Pemain Melaka United Masih Sangkut?

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group