Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas secara tak sengaja telah mendedahkan tarikh sambungan semula Liga Juara Juara Eropah.

Beliau memberitahu tarikh itu kepada media selepas kecewa dengan Ligue 1 yang ditamatkan awal.

Di mana menurut Aulas, pasukan Lyon akan berhadapan dengan masalah untuk berhadapan dengan Juventus pada 7 Ogos akan datang – kerana Lyon kekurangan perlawanan kompetitif.

Aulas turut mengesahkan bahawa perlawanan akan diadakan di dalam stadium kosong.

“Perlawanan kami menentang Juventus telah disahkan pada 7 Ogos, ia akan diadakan di Turin di dalam stadium tertutup.”

“Sekiranya tindakan undang-undang kami tidak berjaya [untuk meminta Ligue 1 melanjutkan musim 2019/20], Lyon dan Paris Saint-Germain akan dibantai oleh pasukan yang telah melakukan persiapan lebih baik.”

Lyon sendiri telah menunjukkan kemarahan mereka di atas keputusan untuk membatalkan Ligue 1, dengan Les Gones hanya satu mata di luar tempat slot Eropah dengan 11 perlawanan lagi untuk dimainkan.

Lyon menyatakan bahawa Ligue 1 seharusnya berusaha untuk mencari alternatif lain bagi meneruskan baki saingan liga musim ini.

Beberapa minggu lalu, Ligue 1 telah memutuskan untuk menamatkan saingan awal. Ini selepas Perdana Menteri Perancis, Edouard Phillipe melarang sebarang rapat umum dan keramaian sehingga September.

Ligue 1 sebelum ini bercadang untuk menamatkan saingan di dalam stadium kosong, telah memutuskan agar liga ditamatkan serta merta.

PSG diumumkan sebagai juara Ligue 1 pada musim ini selepas mereka berada di puncak liga pada hari liga kali terakhir dilangsungkan musim ini.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

8 Kelab EPL Menentang Cadangan Aksi Di Gelanggang Neutral

Balotelli Dan Mello Kutuk Balik Chiellini

La Liga Sudah Tetapkan Tarikh Sambung Semula Liga 20 Jun Ini