Carles Tusquets yang kini menjadi Presiden interim di Barcelona menggantikan Josep Maria Bartomeu telah membuat kenyataan paling mengejutkan.

Di mana beliau berpendapat, Bartomeu seharusnya menjual Messi tempoh hari ketika kelab itu menerima surat minta dilepaskan oleh Messi.

Kini Barcelona masih belum dapat meyakinkan Lionel Messi untuk melanjutkan kontrak baharu di kelab itu. Kontrak semasa Messi akan berakhir pada akhir musim ini.

Pada jendela pra musim yang lalu, Messi mengejutkan peminat Barcelona apabila menyatakan hasratnya mahu keluar. Namun Barcelona tidak mahu melepaskan pemain itu.

Bulan hadapan, Messi akan bebas untuk bercakap dengan mana mana kelab, kerana kontraknya hanya tinggal 6 bulan – kerana beliau akan menjadi ejen bebas.

Pemilihan Presiden Barcelona pula hanya akan berlangsung pada 24 Januari.

Tusquets percaya Barcelona seharusnya lebih tegas untuk melepaskan Messi pada hari itu.

Beliau berkata kepada RAC1: “Bercakap dari sudut ekonomi, saya akan jual Messi pada musim panas lalu.”

“Pemain tak akan dapat gaji mereka Januari ini, kedudukan kewangan kelab sangat teruk. Sebab itu saya rasa, kelab harus jual Messi.”

“Adalah sangat baik untuk menerima wang [daripada penjualan Messi] dan wang yang akan anda jimatkan serta simpan. La Liga perlu ada had gaji. ”

Tusquetts sedar bahawa setiap calon presiden ada pandangan berbeza tentang Lionel Messi. Pemain yang dianggap terbaik dalam sejarah Barcelona.

Beberapa calon seperti Joan Laporta dan Victor Font sudah berikrar akan melakukan apa sahaja untuk memastikan Messi kekal.

Baca juga perkembangan lain

UCL: Neymar Cetak Dua Gol Dalam Kemenangan Di Old Trafford

UCL: Real Madrid Dimalukan Shakhtar Donestk, Pertahanan Los Blancos Buat Kesilapan Ngeri

UCL: ‘Blunder’ Pelik Onana Dihukum, Liverpool Lolos Ke Kalah Mati