Ketika ini, liga terbaik eropah termasuk Liga Perdana Inggeris, La Liga dan Bundesliga telah ditangguhkan susulan penularan wabak COVID-19 yang mengancam nyawa di seluruh dunia. 

Malah, Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) turut menangguhkan saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 di setiap benua dan sehingga kini masih belum mempunyai jadual yang tetap untuk perlawanan itu.

Presiden FIFA, Gianni Infantino melalui laporan dalam akhbar Itali, Gazzetta Dello Sport membayangkan sukan bola sepak di seluruh dunia akan berdepan krisis kewangan yang amat buruk akibat wabak pandemik itu.

Untuk mengatasi masalah tersebut, beliau sedang mempertimbangkan cadangan mengambil langkah ke belakang seperti mengurangkan bilangan pasukan  di Piala Dunia.

“Mungkin kita akan buat pembaharuan dalam dunia bola sepak dengan mengambil langkah ke belakang.

“Tindakan ini perlu untuk penilaian kesan global. Mari sama-sama kita menyelamatkan bola sepak daripada satu krisis yang akan membuatkan sukan itu melingkup pada masa yang akan datang,” katanya.

Bagi mengatasi masalah jadual yang melibatkan beberapa perlawanan penting seperti kelayakan Piala Dunia, Kejohanan Eropah dan lain-lain, FIFA mungkin akan mengurangkan jumlah pertandingn tersebut.

“Kurang pertandingan tetapi lebih menarik. Mungkin kurang pasukan tetapi lebih seimbang. Sedikit tetapi lebih kompetitif berpadanan untuk melindungi kesihatan pemain,” jelasnya.

b7flusdbosyrbyjst3vu
FOTO: FIFA

Separuh daripada kelab gergasi eropah juga bakal berdepan risiko bankrap akibat COVID-19.

Bernard Caiazzo, Presiden kumpulan yang mewakili kelab-kelab di Ligue 1 membayangkan beberapa kelab dinegara itu akan menghadapi masalah tunggakan gaji pemain akibat kekurangan dana.

“Tanpa bantuan kerajaan, dalam tempoh enam bulan, separuh daripada kelab-kelab profesional akan memfailkan kebankrapan.

“Lima kejohanan utama Eropah sudahpun kerugian empat bilion euro (RM18.8 bilion) sementara kejohanan Perancis antara 500 ke 600 juta euro (RM2.8 juta),” kata Caiazzo.

Baca artikel lain berkaitan dengan kesan penularan wabak COVID-19 sehingga menjejaskan sukan bola sepak.

RASMI: Saingan Thai League Ditunda Selama 45 Hari Mulai Hari Ini, Cegah Penyebaran COVID-19

J.League Umum Tunda 94 Perlawanan Liga Dan Piala Liga Sehingga Pertengahan Mac 2020 Akibat COVID-19

Beberapa Negara Tolak Jemputan Perlawanan Persahabatan Dengan Malaysia Kerana Coronavirus