Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Presiden Fenerbahce, Ali Koc pada hari Sabtu menyatakan bahawa mereka tidak akan meminta maaf selepas penyokong mereka melaungkan nama Vladimir Putin semasa perlawanan menentang Dynamo Kyiv.

Jika sebelum ini Fenerbahce membuat kenyataan rasmi menyelar tindakan peminat mereka yang melaungkan nama Putin sambil menyatakan bahawa ianya bercanggah dengan nilai kelab mereka. Tidak mewakili sama sekali kelab tersebut.

Kini Ali Koc menyatakan kelab tak akan meminta maaf kepada Ukraine.

Kenapa?

Ianya gara gara tindakan duta Ukraine ke Turki yang menganggap Fenerbahce kelab yang menyedihkan apabila gagal mengawal laku peminat mereka. Sambil menuntut permohonan maaf terbuka daripada Fenerbahce.

Ini seolah olah Fenerbahce yang menyuruh penyokong mereka berbuat demikian.

“Kami tidak akan meminta maaf kepada Ukraine,” katanya.

“Terpulang kepada duta Ukraine dan jurucakap menteri luar untuk memohon maaf kepada kami, selepas kenyataan mereka yang tidak sepatutnya.”

Ali Koc menyatakan, tindakan duta Ukraine menyalahkan Fenerbahce kerana tak menghentikan peminat mereka sebagai tindakan meyedihkan adalah melampau. Ini kerana, secara logiknya, bagaimana mereka mahu menutup mulut ribuan peminat?

“Saya fikir ia adalah nyanyian yang tidak sesuai dan tidak perlu, jauh dari pandangan kami sebagai sebuah kelab. Tetapi apa yang boleh kita lakukan? Tutup mulut mereka?”

Lebih memburukkan keadaan, Jurucakap Kementerian Luar Ukraine memuat naik Tweet: “Angkatan tentera kami menewaskan Putin 2-1 di bumi Turki. Kami mengesyorkan peminat Turki untuk berada di pihak yang menang.”

Jurulatih Dynamo dari Romania, Mircea Lucescu enggan menghadiri sidang media wajib selepas perlawanan sebagai protes.

Pada hari Khamis, UEFA mengumumkan ia membuka siasatan ke atas “dakwaan salah laku penyokong Fenerbahce”.

Sebagai tambahan, Turki telah cuba untuk kekal berkecuali dalam konflik walaupun menjadi ahli dalam pakatan pertahanan NATO yang diketuai AS.

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group