Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Somyot Poompunmuang yakin dengan kredibiliti serta kemampuan ketua jurulatih, Akira Nishino serta anak-anak buahnya bagi mengembalikan semula keyakinan penyokong terhadap pasukan.

Peminat setia skuad Gajah Perang menyalahkan Somyot di atas prestasi semasa yang dianggap merudum baik pasukan senior mahupun bawah umur dalam kategori lelaki dan wanita.

Somyot Poompunmuang
Somyot Poompunmuang. Sumber Gambar: Phuket News

Pasukan senior lelaki tewas kepada Vietnam dalam kejohanan King’s Cup pada Jun lalu manakala pasukan wanita turut menerima nasib yang sama apabila tewas kepada Vietnam dalam perlawanan akhir saingan Piala AFF yang berlangsung di laman sendiri baru-baru ini.

Dipetik daripada laporan Bangkok Post, Somyot yakin Thailand akan memperoleh keputusan positif ketika berdepan Vietnam pada perlawanan pertama saingan peringkat kelayakkan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Pada perlawanan menentang Vietnam, kita akan kembali mendapat kepercayaan peminat. Saya yakin dengan kemampuan ketua jurulatih serta para pemain. Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua (staf dan pemain) di atas kerja keras anda. Saya mahu anda meneruskan kecemerlangan ini dan anda boleh berbangga dengan diri sendiri,” katanya.

Akira Nishino
Akira Nishino

Selain Somyot yang menjadi sasaran kritikan peminat, Nishino juga terkena tempiasnya apabila dianggap membuat pilihan pemain yang tidak masuk akal menjelang saingan peringkat kelayakkan.

Baru-baru ini Nishino telah menyenaraikan 23 pemain terbaik yang akan dibawa bagi menghadapi perlawanan menentang Vietnam dan Indonesia.

Anda boleh membaca artikel lain mengenai persiapan pasukan kebangsaan Thailand di sini:

Thailand Umum 23 Pemain Terbaik Hadapi Vietnam Dan Indonesia

Brazil Batal Aksi Persahabatan Menentang Thailand

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun