Dalam sesi temu bual bersama media tempatan, presiden FA Thailand mendedahkan bahawa ketua jurulatih Thailand, Akira Nishino sendiri telah menolak untuk membawa pembantu jurulatih dari Jepun.

Walaupun beliau tidak menafikan bahawa Akira Nishino telah memberitahu beliau mempunyai beberapa isu termasuk ketiadaan ‘partner’ dalam barisan teknikal.

“Saya telah tanya kenapa dia (Akira Nishino) tidak mahu membawa pembantu jurulatih dari Jepun untuk bekerja bersamanya.”

pelatih-timnas-u-22-thailand-akira-nishino

“Awak tahu apa jawapan Akira Nishino? Dia memberitahu bahawa kenapa dia perlu membazirkan wang yang banyak? Kenapa tidak untuk saya gunakan pembantu jurulatih dari Thailand dan mereka boleh belajar serta dia sendiri memilih pembantunya.”

Akira Nishino hanya ditemani oleh penterjemah bahasa Jepun-Thai untuk menyampaikan perkara-perkara berkaitan skuad kebangsaan Thailand dan juga skuad bawah 23 tahun.

Walaupun agak ‘kesunyian’ jika dibandingkan dengan keadaan sekeliling yang dimiliki oleh Par Hang-seo, namun Akira Nishino tetap berjaya menerapkan beberapa penambahbaikan dalam skuad kebangsaan Thailand sejak mengambil alih jawatan ketua jurulatih itu.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

‘Ekor’ Harimau Malaya Terlalu Bising Di Stadium, Hampir Mustahil Untuk Dengar Arahan Dalam Padang

Media Thailand ‘Berpakat’ Beri Petua Bagaimana Vietnam Boleh Tewaskan Malaysia Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022

Gara-gara Hutang Judi Bola, Pemain Thai League Ini Dilaporkan Hilang Dan Gagal Dikesan, Mungkin Diugut Bunuh.