Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin berharap pasukan B-16 kebangsaan kendalian Osmera Omaro mengikut jejak langkah skuad B-19 pulang dengan gelaran juara Piala AFF B-16.

Pasukan tersebut sedang menjalani latihan pusat sejak Isnin lalu sebagai persiapan bagi menghadapi Kejuaraan B-16 AFF 2022 di Yogyakarta, Indonesia dari 31 Julai hingga 12 Ogos 2022.

Menurut Datuk Haji Hamidin, beliau yakin skuad Malaysia B-19 boleh pergi jauh kerana memiliki pemain muda yang berkualiti sambil diadun bersama pengalaman barisan kejurulatihannya.

FOTO: FAM

“Saya rasa pasukan ini boleh pergi jauh. Dengan pengalaman dimiliki barisan kejurulatihan dan juga pemain terbaik yang kita ada, kita boleh melepasi peringkat separuh akhir dan seterusnya ke final.

“Jika berjaya muncul juara, ia sesuatu yang bagus kerana ini antara pasukan masa depan kita. Kalau kita nak pergi ke peringkat ke lebih tinggi, kita perlu meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman.

“Sudah tentu, komitmen tinggi setiap pemain dan pegawai dalam dan luar padang akan menghasilkan kejayaan kepada pasukan. Tekanan pasti ada tetapi saya yakin, pasukan ini memiliki kualiti. Saya doakan pasukan ini berjaya,” kata Datuk Haji Hamidin.

Malaysia akan memulakan saingan Kumpulan C bertemu Kemboja pada 2 Ogos, diikuti aksi berikutnya berdepan Myanmar pada 5 Ogos dan Australia pada 8 Ogos 2022.

Selain itu, kejohanan ini juga dijadikan medan persiapan untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia B-17 di Indonesia pada bulan Oktober nanti. Antara pencapaian terbaik skuad negara dalam Piala Asia B-17 ialah layak ke suku akhir pada tahun 2014 di Thailand.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan melalui pautan dibawah.

FAM Umum Senarai 28 Pemain Muda Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Malaysia B-16

Kim Dong-jin Bakal Jurulatih Baharu Skuad Malaysia B-23?

Christophe Gamel Sedia Isi Jawatan Ketua Jurulatih Skuad B-23 Malaysia