Menurut satu kemaskini laman sosial Twitter yang dibuat oleh seorang pengguna dengan nama Svein Falk Lorentzen semalam, beliau menyatakan bahawa sumbangan dana berjumlah THB10 juta atau sekitar RM1.35 juta yang dibuat oleh presiden FA Thailand bakal mengundang pelbagai soalan dari penyokong serta kelab dalam saingan Thai League khususnya.

Dari perspektif yang cuba disampaikan oleh beliau, sumbangan itu tiada masalah tetapi lebih kepada mempersoalkan bagaimana nasib kelab-kelab bola sepak dalam saingan Thai League yang terpaksa ditangguhkan dan tidak mendapat sebarang pendapatan ketika ini.

Mungkin mesej beliau adalah untuk melihat presiden FA Thailand lebih prihatin kepada kelab-kelab yang terpaksa menanggung kos tinggi tanpa ada ‘wang masuk’ disebabkan tiada perlawanan sehingga 18 April 2020.

Svein yang menetap di Thailand sudah lama merupakan seorang pengikut tegar bola sepak Thailand itu turut menjelaskan bahawa dinegara asalnya, Norway, pihak kerajaan menggunakan berbilion Euro untuk membantu orang awam, perniagaan, persatuan sukan kelab dan sebagainya ketika dilanda ‘bala’ seperti ini.

Sebelum ini presiden FA Thailand melalui yayasan beliau dilaporkan telah membuat sumbangan sekitar 1 hingga 2 juta keping ‘face mask’ kepada pekerja perubatan serta orang awam sebagai satu inisiatif membantu mengurangkan penularan COVID-19 di Thailand.

Dan sumbangan terbaru ini telah menyebabkan ada pihak yang kurang berpuas hati kerana ada puluhan kelab serta ratusan pemain yang turut menerima impak besar dari isu tersebut.

Menurut laporan Channel News Asia, sehingga jam 12 tengahari semalam Thailand merekodkan 30 kes baru menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 177 mangsa positif COVID-19 dan dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Yayasan Presiden FA Thailand Agih Sumbangan 2 Juta Topeng Untuk Petugas Perubatan Dan Orang Awam

AFC MA Ranking: Kini Filipina Pintas Tajikistan Pula Untuk Menghuni Tangga Ke-12 Asia

Tanpa Pedulikan Amaran KKM Untuk Berkumpul, BOS Terus Bersorak Padu Diperkarangan Stadium Sultan Ibrahim

6 Liga Bola Sepak ASEAN Ditunda, 2 Berlangsung Tanpa Penonton, Liga Kemboja Tenang Berjalan Seperti Biasa