Kejayaan dua pemain muda negara, Amar Makruf dan Anas Nadawi menyertai akademi bola sepak berpangkalan di Sepanyol iaitu The Next Generation Sports nyata mendapat sambutan hangat dari ramai pihak.

Perkara ini turut mendapat perhatian kelab J. League iaitu Cerezo Osaka dimana Presiden kelab, Hiroaki Morishima mengucapkan tahniah di atas kejayaan Anas Nadawi.

“Tahniah Anas. Saya tidak sabar untuk menyaksikan kejayaan anda di Sepanyol dari Jepun. Saya berharap anda dapat bergelar sebagai pemain Cerezo Osaka pada masa akan datang,” kata Morishima menurut perkongsian Hiroshi Hamada.

Anas pernah berguru bersama Cerezo ketika menyertai program Asean Dream Project dimana beliau berpeluang untuk menjalani latihan bersama kelab yang beraksi dalam saingan J1 itu.

The Next Generation Sports (TNGS) merupakan salah sebuah akademi yang berpangkalan di Valencia mengumumkan mereka sah menandatangani Amar Makruf dan Anas Nadawi pada awal bulan ini.

Kedua-dua pemain ini mengikuti jejak langkah pemain muda Malaysia lain yang terlebih dahulu beraksi di Eropah seperti Luqman Hakim dan Jaami Qureshi.

Baca artikel lain mengenai Anas Nadawi dan Amar Makruf serta perkembangan pemain muda Malaysia di sini:

Dua Pemain Muda Malaysia Sertai Akademi Bola Sepak Di Sepanyol

Luqman Hakim Pulih Dari Kecederaan, Kembali Sertai Sesi Latihan

Allee Putra Azril Dapat Tajaan Untuk Berguru Di FC Malaga City