Presiden Persatuan Bola Sepak Afrikan (CAF), Ahmad Ahmad telah digantung daripada tugasannya oleh FIFA selama 5 tahun.

Ini kerana Ahmad Ahmad didapati bersalah terlibat dalam korupsi. Pengumuman tentang status Ahmad Ahmad itu dibuat oleh FIFA semalam.

Ahmad, dari Madagascar, telah menjadi Presiden CAF sejak Mac 2017. Dan kini terpaksa melepaskan jawatannya daripada badan tertinggi bola sepak Afrika itu.

Ahmad Ahmad didapati pecah amanah di dalam tugasannya. Dia juga dilaporkan salah guna wang organisasi, serta salah guna kuasa ketika berusaha mempertahankan jawatannya sebagai Presiden CAF.

Di mana dia menawarkan hadiah dan kelebihan lain kepada pihak yang menyokongnya untuk mengekalkan jawatannya.

Selain daripada itu, Ahmad Ahmad didenda $220,000 oleh FIFA kerana menggunakan dana CAF untuk membiayai umrah dan haji kepada 15 orang pegawai FA di Afrika yang menyokongnya.

Ia jelas sekali salah di sisi undang undang dan pecah amanah.

Dia juga didapati bersalah kerana campur tangan secara langsung dalam rundingan CAF dengan syarikat pembekal barangan sukan.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: EPL Dibenarkan Beraksi Dengan Kehadiran Penonton

‘Apa Akan Jadi Kalau United Tanpa Bruno Fernandes?’

EPL: Leeds Persiakan Peluang, Arteta Bengang Pepe Kad Merah