Presiden Buriram United, Newin Chidchob menegaskan beliau tidak akan menghantar mana-mana pemainnya bagi menyertai skuad B-19 tahun negara tersebut ekoran beberapa faktor.

Menurut Newin, apabila pemain yang dihantar kembali ke kelab, mereka berubah menjadi individu yang tidak mempunyai disiplin dan perkara ini nyata memberi kerugian kepada pasukannya.

“Secara jujurnya, saya tidak akan menghantar mana-mana pemain skuad B-19 dan pemain muda kami untuk menyertai pasukan kebangsaan. Sebelum ini, kami memberi kebenaran kepada mereka dan apabila mereka kembali ke pangkuan kelab, mereka tiada disiplin.

“Sesetengah dari pemain mula merokok dan ada dikalangan mereka yang berparti dan minum minuman keras. Pemain ini mempunyai disiplin yang baik sebelum menyertai pasukan kebangsaan. Ini semua berubah apabila mereka bertemu dengan pemain lain dan disiplin sedia ada hilang begitu saja.

“Saya memberi hukuman kepada pemain ini untuk mereka memperbaiki sikap mereka. Saya menghukum pemain dengan tidak membenarkan mereka menyertai sesi latihan selama tiga minggu dan hanya melihat rakan sepasukan lain berlatih,” kata Presiden Buriram United itu.

Thailand gagal untuk muncul juara dalam dua kejohanan Piala AFF, baik pada saingan B-19 dan B-16 tahun dimana mereka tewas kepada Laos dan Vietnam.

Skuad Thailand B-19 tahun tewas kepada Laos dengan keputusan 2-0 pada aksi separuh akhir saingan Piala AFF B-19 tahun manakala skuad B-16 tahun mereka juga tewas di peringkat separuh akhir di tangan Vietnam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:

Hector Bidoglio: Moral Pemain JDT Merosot Selepas Bolos Awal

TMJ: Satu Pengajaran Berguna Kepada Pemain Dan Kelab

ACL 2022: Urawa Red Terlalu Unggul, Perjalanan JDT Terhenti Di Saitama