Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menegaskan mereka akan segera menyelesaikan krisis kewangan yang sedang dihadapi badan itu ketika ini.

Perkara ini disuarakan oleh Presiden baharu KFA, Muhammad Sanusi Md Nor yang mana pihaknya akan mengadakan satu Mesyuarat Eksekutif pada minggu hadapan bagi membentangkan masalah semasa yang dihadapi serta pelan untuk menyelesaikan isu-isu tersebut.

“Kita akan cuba menyelesaikan segala masalah yang membelenggu persatuan ini sejak sekian lama terutama beberapa masalah kebelakangan ini berkaitan kewangan.

“In sha Allah semua pihak terutama Ahli Jawatankuasa Eksekutif KFA yang ada ini akan bekerja keras untuk mengatasi semua cabaran yang akan datang.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada penaja-penaja yang memberi sokongan kepada pihak KFA selama ini dan saya amat berharap bahawa syarikat-syarikat ini tidak berputus asa untuk terus memberi sokongan kepda pasukan Kedah,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Muhammad Sanusi dipilih sebagai Presiden KFA yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir selepas Kongres Luar Biasa (EGM) diadakan pada Ahad lalu.

Kongres tersebut turut memutuskan untuk melantik bekas pemain Kedah, Radhiat Din sebagai Naib Presiden.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

“Nak Jadi Jurulatih, Harus Bermula Dari Bawah”

Sumareh Terhutang Budi Kepada Inspektor Nasir, Dedahkan Dollah Salleh Bertanggungjawab Tukar Corak Permainannya

Kang Seung-jo Tinggalkan Kelantan, Sertai Gyeongnam FC