Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Permintaan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF), Tran Quoc Tuan mengenai penggunaan Teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan Piala Suzuki AFF dilaporkan telah mendapat restui daripada Presiden Federasi Bola Sepak ASEAN (VFF).

Menurut kenyataan rasmi VFF, Presiden AFF, Khiev Sameth bersetuju untuk menggunakan VAR dalam saingan Piala Suzuki AFF tahun 2022 bagi memastikan semua perlawanan berlangsung tanpa sebarang kontroversi melibatkan mutu pengadilan.

Quoc Tuan sebagai wakil Ahli Jawatankuasa Pertandingan AFF menjadikan perlawanan separuh akhir Piala AFF 2020 di antara Vietnam menentang Thailand kelmarin sebagai bukti pengadil gagal melakukan tugas dengan baik dan melakukan beberapa kesalahan sehingga mempengaruhi keputusan perlawanan.

“Bola sepak Asia Tenggara semakin berkembang. Semua pasukan mempunyai kekuatan yang sama, perlawanan juga jauh lebih sengit dan intensiti tinggi. Oleh itu, pengadil kena lebih fokus.

“Oleh itu, AFF perlu meningkatkan kualiti pengadilan dan pengadil perlu lebih efektif dalam dua perlawanan separuh akhir dan dua lagi perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2020,” katanya dalam kenyataan rasmi VFF.

Aksi separuh akhir pertama diantara Vietnam menentang Thailand kelmarin menjadi pendebatan hangat dalam kalangan peminat bola sepak Asia Tenggara. Perlawanan tersebut dikendalikan oleh pengadil dari Qatar, Saoud Ali Al-Adba dan beliau menjadi mangsa kecaman oleh para penyokong Vietnam.

Mereka mendakwa pengadil lebih memihak kepada Thailand dan tidak memberi sepakan penalti kepada Vietnam walaupun bola terkena tangan pemain lawan. Beberapa keputusan meragukan turut dibangkitkan melalui media sosial.

Malah, Ketua Jurulatih Vietnam Park Hang-seo turut memendamkan rasa tidak puas hati terhadap mutu pengadilan dan mencadangkan agar VFF pasang VAR di perlawanan separuh akhir kedua.

“Saya fikir nak buat petisyen bantah pengadil ini. Sebenarnya, apabila wartawan bertanya soalan mengenai pengadil, saya susah nak jawab. Saya rasa Piala AFF ini ada banyak penaja, oleh itu saya cadangkan agar AFF pasang VAR dalam kejohanan ini supaya pengadil boleh membuat keputusan dengan tepat,” kata Park Hang-seo dipetik dalam Bongdaplus. 

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan lain dalam saingan Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah. 

Piala AFF 2020: Kelibat Chanathip Songkrasin Leburkan Rekod Hebat Vietnam

Presiden FA Thailand ‘Hulur’ Bonus Peribadi RM1.25 Juta Jika Tewaskan Vietnam Di Separuh Akhir Piala AFF 2020

Robert Alberts Anggap Indonesia Lebih Unggul Berbanding Singapura

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group