Pengendali skuad Melaka United, Zainal Abidin Hassan mengakui terdapat beberapa kelemahan telah dikenalpasti dalam pasukannya selepas mengharungi 3 perlawanan persahabatan dalam jelajah pra musim di Bandung, Indonesia.

Mereka bermula dengan kemenangan 3-2 ke atas kelab Liga 3, Bandung United sebelum tewas 1-3 kepada kelab gergasi Indonesia, Persib Bandung dan kemudian seri 2-2 menentang kelab Liga 2, PSKC Cimahi, kelmarin.

“Sepanjang 8 hari berada di Bandung, Indonesia bagi 3 aksi Persahabatan Pramusim 2020 di sana, beberapa aspek telah dikenalpasti bagi mengukuhkan lagi pasukan Melaka United menjelang sepak mula Liga Malaysia tidak lama lagi.

“Terdapat beberapa perkembangan positif dalam jelajah kali ini. Safiq (Rahim) telah pulih sepenuhnya dan berganding dengan baik bersama Sony (Norde). Kami bagi peluang kepada semua pemain untuk menunjukkan kemampuan mereka.

“Kami kalah kepada Persib selepas membuat beberapa pertukaran pemain. Sebenarnya, pemain beraksi dengan baik dan saya anggap kekalahan ini sebagai peluang untuk memperbaiki kelemahan,” kata Zainal dalam The Star.

83152914_2709436209284437_4184247660493930496_o
FOTO: Melaka United

Malah, perancangan Zainal sedikit terganggu apabila penyerang import, Uche Agba tidak dibenarkan memasuki Indonesia berikutan masalah visa selain Curran Singh mengalami kecederaan ketika sesi latihan.

“Kami kehilangan Uche dan Curran, kalau mereka ada dan bermain dalam 3 perlawanan ini tentu ia memberi keputusan yang berbeza dan meningkatkan moral pemain,” tambahnya.

Selepas ini, Melaka United akan menentang kelab Liga Premier, Terengganu FC II di Melaka pada 9 Februari dalam satu lagi aksi persahabatan.

“Saya tahu bahagian mana yang perlu diperbaiki dan itu akan menjadi fokus utama dalam perlawanan yang seterusnya. Saya tak mahu bergantung kepada barisan yang sama tetapi saya mahu semua pemain lebih bersedia,” jelas Zainal.

Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui perkembangan pra musim pasukan Liga Malaysia 2020 melalui pautan dibawah.

Pra Musim: Dua Kelab Dari Singapura Bakal Uji Kekuatan Skuad The Bos Gaurus

Pra Musim: Terengganu Tewas Tipis Kepada Kelab CSL, Tianjin TEDA

Pahang Tangguhkan Perancangan Adakan Aksi Pra Musim Di Luar Negara